HUBUNGAN INDUSTRI DAN AKADEMIA

Isu berkaitan hubungan universiti-industri telah menjadi agenda utama dalam perkembangan dasar pendidikan di peringkat universiti dan kerajaan.  Dalam konteks ekonomi ke arah (k-ekonomi), kerajaan sedar kepentingan universiti antara penyumbang utama dalam perkembangan ekonomi nasional.  Jangkaan pulangan daripada hasill penyelidikan dan pembangunan telah menyebabkan perubahan sikap pemegang saham dimana kerjasama universiti dan terutamanya dalam bidang bioteknologi, pertanian dan perubatan. Jaringan universiti-industri akan merangkumi pelbagai bidang antaranya pengajaran dan penyelidikan, latihan industri, staf, dan konsultasi, perkembangan professional yang berterusan,  R&D yang berterusan, dan juga syarikat kecil sederhana dan pembentukan syarikat untuk kerjasama komersialan produk R&D.

 

OBJEKTIF

 
 
»
Untuk merapatkan jurang dalam kerjasama antara akademia dan industry (melalui aktiviti seperti; penyelidikan, seminar, simposium, dialog, penambahbaikan kurikulum pembelajaran dan kursus-kursus berkaitan pembelajaran sepanjang hayat, dan sebagainya) bagi faedah bersama universiti dan industri disamping dapat menjana/meransang pertumbuhan ekonomi negara.
 
»
Untuk memupuk budaya kreatif, inovasi dan keusahawanan di kalangan graduan tempatan untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan perkhidmatan yang dapat membangunkan industri dan negara.
 
 
 

Untuk menyokong setiap misi dan objektif, kedua belah pihak harus melihat setiap cabaran yang dihadapi oleh akademia dan industri didalam apa jua kollaborasi.

Dalam usaha untuk merapatkan jurang antara akademia dan industri di Malaysia, pelbagai langkah telah diambil, antaranya:-

 
»
Perpindahan ilmu antara akademia dan industri melalui sabbatical attachement program yang dikendalikan oleh pensyarah dan perkongsian ilmu oleh pakar industri melalui pengajaran di universiti.
 
»
Kerjasama dalam bentuk latihan industri di industri dan pendedahkan kepada program-program keusahawanan oleh agensi seperti SME Corp. dan sebagainya.
 
»
Merancang dan membangunkan mekanisma yang efektif untuk program latihan industri dan menyelianya di IPT.
 
»
Merancang dan menjalankan aktiviti yang berkaitan hubungan industri antara IPT dan industri, syarikat swasta tempatan, Institusi Penyelidikan Kerajaan, Pusat Koridor-koridor ekonomi dan kementerian lain dan sebagainya.
 
MISI
 
 
»
Untuk menghasilkan para pelajar yang dapat memenuhi keperluan tempatan dan antarabangsa.
 
»
Untuk merapatkan jurang industri dan akademia untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan untuk menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan baru yang dapat membantu ekonomi, industri dan negara.
 

SASARAN 2010 & 2020

 
 
»
Pertambahan jaringan kerjasama dengan industri/ industri bukan agensi.
 
»
Pertambahan jaringan kerjasama dalam mobiliti pelajar dan program latihan industri.
 

Pendekatan

Strategi Jangka Panjang
»
Rancang dan jalankan kerjasama dengan industri, agensi kerajaan, NGO dan syarikat latihan.
»

Rancang/bangunkan program keushawanan dan latihan industri


»
Membangunkan Dasar Latihan Industri
»
Membangunkan standard untuk Latihan industri
 
»
Membangunkan Dasar Industri-Akademia
 
»
Menjalankan program penempatan industri dan akademia.