IPTS |
|
|
Sektor Pengurusan IPTS adalah satu sektor di bawah Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi. Sektor ini dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Swasta yang diwujudkan pada 01.10.1995 setelah dinaiktaraf daripada Bahagian Pendaftaran Sekolah dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian ini telah beroperasi sejak tahun 1961. |
|
| Kini Sektor ini terdiri daripada tiga(3) bahagian iaitu Bahagian Pendaftaran dan Piawaian, Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat serta Bahagian Governan IPTS dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah. Sektor ini bertanggungjawab terhadap penubuhan, pendaftaran, pengawalseliaan dan kawalan kualiti pendidikan institusi pendidikan tinggi swasta. Sektor ini turut bertanggungjawab memastikan dasar, perancangan, penyelidikan dan hala tuju pendidikan tinggi swasta selari dengan dasar pendidikan negara. |
|
| OBJEKTIF |
|
» |
Merumus dan mewujudkan dasar, sistem kawal selia dan perkhidmatan yang membantu pembangunan pendidikan tingi swasta yang mantap dan berkualiti |
|
» |
Memastikan dasar, perancangan dan halatuju pendidikan tinggi swasta selaras dengan dasar pendidikan tinggi dan wawasan negara |
|
» |
Memastikan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) adalah berkualiti dan bertaraf dunia serta memenuhi keperluan negara |
|
» |
Memastikan pematuhan secara menyeluruh oleh IPTS terhadap peruntukan perundangan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan |
|
» |
Memastikan IPTS melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama dan memiliki personaliti ungul serta mampu berdaya saing di peringkat global |
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
|