PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
PENGENALAN

Kejayaan R &D adalah kritikal bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga faktor berikut

 
»
Untuk menghasilkan harta intelek dan inovasi yang diperlukan bagi memacu negara ke peringkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambah global dan mewujudkan peluang pekerjaan baru
 
»

Untuk mencipta ilmu baru dan menghasilkan penemuan baru yang berharga bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi unggul.

 
»
Untuk membangunkan modal yang dihasratkan bagi mempergiatkan inovasi dalam semua sektor ekonomi Negara secara berterusan
     

Terdapat dua aspek penting dalam membangunkan R & D di IPT iaitu:

 
»
Menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE)
 
»

Memupuk budaya kerja yang sesuai untuk memastikan minat, dedikasi dan komitmen ke arah penyelidikan

 
Mengikut Kajian Nasional tentang Penyelidikan dan Pembangunan 2006, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia mempunyai kira-kira 21 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja pada tahun 2003. Angka ini adalah jauh di bawah paras purata 100 RSE di negara-negara EU pada tahun yang sama,  untuk menambah bilangan RSE, Malaysia perlu mempergiatkan usaha  mewujudkan program baru selain daripada skim latihan akademik dan program penyelesaian yang lebih keratif dan strategik perlu dirancang.  Perangcangan ini hendaklah melibatkan Kementerian pelajaran dan MOSTI.  Proses mengenal pasti, menyalurkan, dan membangunkan bakat terbaik perlu dilakukan dari peringkat pendidikan menengah lagi
 
Selain menambahkan bilangan, kerjaya RSE perlu dijadikan lebih menarik melalui penyemarakan budaya penyelidikan yang memberikan pengiktirafan kepada pencapaian dan menggalakkan kerjasama.  Ini akan merupakan petanda baik bagi bidang sains dan teknologi yang relevan.
TUJUAN

Untuk meningkatkan penghasilan R & D, kerangka sistem inovasi nasional perlu difahami dengan jelas dan dilaksanakan sepenuhnya.  Hubungan antara universiti penyelidikan, pusat R & D IPT, organisasi penyelidikan awam dan industri mesti digalakkan dan digerakkan untuk meningkatkan proses mengkomersialkan R & D.  Kolaborasi dan rangkaian yang lebih erat perlu diperluaskan hingga peringkat antarabangsa bagi memastikan hasil yang lebih baik dan untuk menarik bakat luar, memperoleh peluang penyelidikan dan pembiayaan.

MATLAMAT
  » 50 RSE setiap 10,000 tenaga kerja.
  » Mengkomersialkan sekurang-kurang 5 peratus daripada semua usaha
  » Universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa
  » 5 pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan bertaraf dunia
  »
Sistem inovasi Nasional yang berfungsi dengan baik, berkembang subur dan menjalin kerjasama yang erat akan memudahkan pengagihan sumber secara berkesan, mencapai sasaran usaha penyelidikan, bergerak mengikut rantaian nilai dan pengkomersialan R & D serta akses kepada rakan kongsi dan pasaran global