AHLI AKADEMIK |
|
| PENGENALAN |
Ahli akademik adalah penting dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah IPT dan membentuk pelajar yang berketerampilan. Untuk menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama, setiap IPT perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik perhatian pelajar supaya berusaha kearah kecemerlangan dan memberikan ransangan kepada ahli akademik untuk terus menyampaikan ilmu pengetahuan. Disamping itu, hubungan rapat dengan industri dan kolaborasi antarabangsa melalui program pertukaran ahli akademik perlu ditingkatkan. |
|
Untuk membentuk budaya profesionalisme dalam kalangan ahli akademik, perkara berikut perlu diberi keutamaan. |
| |
» |
Meningkatkan kualiti profesionalisme |
| |
» |
Membangunkan program latihan profesionalisme |
| |
» |
Memberikan pengiktirafan dan penganugerahan |
| |
|
| TUJUAN |
Program pembangunan profesionalisme perlu untuk memajukan laluan kerjaya akademik dengan mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan IPT, syarikat tempatan, multinasional dan institusi antarabangsa untuk membina program pembangunan ahli akademik. Program seperti latihan, penyelidikan bersama, sangkutan dan pertukaran staf direka untuk IPTA dan IPTS |
|
Selain program pembangunan profesionalisme, aspek budaya kerja dan kepemimpinan perlu diinstitusikan bagi memastikan kecemerlangan IPT. Bagi maksud ini, beberapa penganugerahan dan pengiktirafan serta insentif lain diperkenalkan dalam semua bidang. |
|
Sementara itu, pesara akademik yang cemerlang akan dipelawa untuk menyertai semula IPT supaya dapat terus memberikan sumbangan idea dan membantu meningkatkan profesionalisme tenaga pengajar muda. |
|
Kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya ahli akademik berdasarkan kepada prestasi dan kualiti pengajaran, penyelidikan dan amalan nilai murni. |
|
| MATLAMAT |