| |
1 |
Pemimpin terbaik: Universiti Apex akan diketuai oleh pemimpin yang mempunyai ciri berikut:
|
| |
|
» |
Cemerlang, berwawasan, bersemangat dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan |
| |
|
» |
Pengurusan dan pentadbiran yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain |
| |
|
» |
Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat. |
| |
|
|
|
| |
2 |
Fakulti terbaik: Fakulti perlu mempunyai ciri berikut: |
| |
|
» |
Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang. Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yag sihat serta menjadi pengajaran yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing |
| |
|
» |
Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan |
| |
|
» |
Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu |
| |
|
|
|
| |
3 |
Pelajar terbaik: Pelajar yang dipilih ke Universiti Apex perlu berdasarkan merit dengan kriteria dan syarat kelayakan yang tidak boleh di kompromi. Ciri pelajar di Universiti Apex perlu mempunyai |
| |
|
» |
Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus |
| |
|
» |
Pencapaian yang baik melalui penilaian yang ketat |
| |
|
» |
Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang |
| |
|
|
|
| |
4 |
Kemudahan terbaik: Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan |