GOVERNAN AUTONOMI |
| |
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah dipinda akan dikuatkuasakan mulai Februari 2009. Kesan pindaan ini akan membawa perubahan kepada persekitaran IPT negara khususnya perlaksanaan autonomi. Secara prinsipnya, pemberian autonomi dilihat sebagai satu usaha untuk memberi tanggungjawab dan fleksibiliti dalam usaha untuk menjadi Universiti bertaraf dunia. |
|
| Selaras dengan kehendak ini juga, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil langkah proaktif dengan memanjangkan pemberian autonomi kepada IPT yang terpilih berdasarkan kepada tiga kategori utama iaitu Autonomi Penuh, Autonomi Separa dan Autonomi Bidang. |
| |
IPT yang diberi taraf autonomi penuh akan diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mentadbir urus segala hal yang berkaitan dengan tujuh (7) bidang autonomi yang telah dikenal pasti iaitu: |
| |
| |
» |
Tadbir urus |
|
» |
Sumber manusia |
|
» |
Kewangan |
|
» |
Akademik |
| |
» |
Penyelidikan |
| |
» |
Penjanaan Pendapatan |
|
» |
Kemasukan pelajar |
|
|
|
Justeru, diharap agar pemberian autonomi ini mampu menghasilkan IPT yang bertaraf dunia dan berdaya saing. Adalah menjadi harapan agar IPT yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik dan berteraskan kepada nilai-nilai akauntabiliti. |
| |
| Walau bagaimanapun, penyeliaan dan pelaporan yang lebih komprehensif melalui audit berkala akan dilaksanakan bagi memastikan IPT mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan. |
| |
|
|
|