MYBRAIN15
PENGENALAN

Modal insan terbaik penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mencetus kemajuan industri dan penerokaan bidang penyelidikan baharu yang akan meningkatkan daya saing negara. Kebanyakan negara maju dan membangun mempunyai dasar serta strategi bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti terutama dalam bidang sains dan teknologi di peringkat PhD

Strategi Malaysia untuk menghasilkan modal insan kelulusan PhD atau kelayakan setaraf perlu ditingkatkan.  Pelajar berkualiti tinggi boleh diperoleh daripada sekolah berasrama penuh dan sekolah premier yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap.  Dasar sebelum ini menekankan usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar di IPT boleh dijadikan asas bagi menambah bilangan calon pelajar meneruskan pengajian pada peringkat PhD

TUJUAN

Bilangan penduduk kelulusan PhD atau kelayakan setaraf boleh meningkatkan daya saing Malaysia pada peringkat global terutama dalam sektor perindustrian.  Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada aktiviti perindustrian yang bersandarkan penyelidikan oleh organisasi komersial asing.  Justeru, adalah penting Malaysia membangunkan keupayaan penyelidikannya agar menikmati lebih manfaat.

MATLAMAT
1
21,000 pemegang PhD menjelang 2010
2
Negara mempunyai 100,000 penduduk kelulusan PhD atau Kelayakan setaraf dalam tempoh 15 tahun akan datang dalam bidang berikut:
 
»
60 peratus dalam bidang sains, teknologi dan perubatan
 
»
20 peratus dalam bidang sains kemanusiaan dan sastera gunaan
 
»
20 peratus dalam bidang profesional
     
Klik disini untuk maklumat lanjut