KEBOLEHDAPATAN PEKERJAAN GRADUAN

PENGENALAN

Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehdapatan perkerjaan graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi awam tempatan. Graduan sekarang bukan sahaja dikehendaki mempunyai pengetahuan akademik (graduate skills) tetapi perlu juga mempunyai kemahiran insaniah (soft skills) dan enterprise atau business skills bagi meningkatakan kopetensi mereka. Kesemua ini merupakan aset bagi kebolehpasaran untuk seseorang graduan.

TUJUAN

Kementerian Pengajian Tinggi telah memberi penekanan kepada beberapa langkah bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dengan memperhebatkan lagi program-program seperti Latihan Industri, Apprenticeship, Finishing School dan Latihan Keusahawanan. Program-program ini adalah bertujuan bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran dikalangan graduan lepasan universiti.

Selain itu, KPT juga sedang mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan iaitu dengan memasukan elemen kebolehpasaran di dalam kurikulum menerusi pembaharuan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di IPT; Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Aktiviti Kokurikulum; dan Melibatkan majikan di dalam penambahbaikan kurikulum.

MATLAMAT

» Graduan memperolehi pekerjaan yang sesuai.
» Graduan boleh menjadi usahawan dan mewujudkan pekerjaan
» Graduan yang mempunyai kompetensi yang tinggi.
» Graduan IPT berkualiti yang mempunyai nilai tambah dari segi kemahiran  insaniah ‘soft skills’ yang memenuhi kehendak pasaran kehendak pasaran.