PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN

Graduan yang dihasilkan oleh IPT perlu mempunyai ciri yang seimbang sama ada dari segi intelek, kepakaran, kemahiran, emosi, dan nilai murni.

Justeru, KPT akan memperkenalkan program holistik yang merentasi semua disiplin kursus dengan memberikan fokus kepada kemahiran komunikasi dan keusahawanan.  Program sedemikian bertujuan untuk membina keterampilan diri semua pelajar dengan memberikan pendedahan kepada subjek di luar bidang pengkhususan.  Sebagai contohnya, pelajar yang sedang mengikut pengajian dalam bidang sains, perubatan dan kejuruteraan akan didedahkan dengan kursus kesusasteraan dan falsafah.  Begitu juga pelajar dalam bidang kemanusiaan dkan diberi pendedahan dalam bidang sains dan teknologi serta ICT.
 
TUJUAN

Untuk memupuk perpaduan nasional, kursus yang memberikan fokus kepada pemahaman tentang kepelbagaian budaya juga digalakkan kepada semua pelajar.  Walau bagaimanapun, pendekatan pengajaran harus menekankan perkembangan domain afektif dan bukan semata-mata domain kognitif umpamanya kaedah perbincangan dan penyertaan dalam kumpulan.  Seterusnya, pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti khidmat masyarakat dan acara sukan demi membina keterampilan kepemimpinan kerja berpasukan dan kualiti sahsiah yang lain.

Untuk menjamin penguasaan beberapa bahasa asing, kurikulum bahasa ketiga sedang dilaksanakan secara berperingkat.  Pelajar boleh memilih sesuatu bahasa seperti Mandarin, Arab, Perancis dan Sepanyol.  Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran akan terus digalakkan terutama dalam subjek sains, matematik dan teknikal
Pada masa ini, perspektif global dalam kalangan pelajar IPT adalah penting.  Untuk menggalakkan mobility, pertukaran dan pergaulan sesama pelajar, usaha akan diteruskan untuk memberikan peluang kepada pelajar terbaik IPT tempatan melanjutkan pengajian di universiti luar Negara sekurang-kurangnya satu semester
 
MATLAMAT
»
Graduan yang boleh berfikir secara kritikal, mempunyai kemahirankomunikasi dan berbahasa Inggeris dengan cemerlang serta ICT dijadikan asas umum kepada semua graduan tanpa mengira pengkhususan masing-masing.  Kemahiran ini akan dimasukkan ke dalam kurikulum yang berjalan serentak dengan program ijazah di semua IPTA
»
Semua pensyarah perlu mempunyai tahap kesarjanaan dan profesionalisme yang tinggi dalam bidang pengkhususan masing-masingserta keupayaan mengajar yang berkesan