|
Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (AKICT) Tahun 2008 |
||
|
||
| Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (AKICT) telah dianugerahkan pada tahun 2008 kepada Jabatan Pengajian Tinggi, KPT dengan wujudnya Sistem Kemasukan ke IPTA. | ||
| Pengukuran dan Penilaian Pencapaian | ||
Sistem Kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan empat (4) proses utama iaitu |
||
| » | Permohonan |
|
| » | Pemilihan |
|
| » | Pemprosesan |
|
| » | Penawaran dengan dengan menggunakan teknologi COBOL (Server Express, NetExpress), Visual Basic, PHP, MySQL dan Microsoft SQL Server sebagai pangkalan data dan teknologi sumber terbuka (open source) digunakan dalam proses integrasi antara sistem maklumat sedia ada. |
|
Sistem Kemasukan Ke IPTA telah memberi impak dan faedah yang besar dan unik kepada KPT, IPTA dan stakeholders yang lain. Sistem Kemasukan Ke IPTA merupakan satu-satunya sistem urusan kemasukan ke IPT yang ada di Malaysia dan berbeza dengan negara-negara lain. Ini adalah kerana : |
||
| » | BPKP JPT dan IPTA dapat menjimatkan penggunaan tenaga manusia, masa dan kos secara signifikan |
|
| » | Menjamin kesahihan dan integriti data dengan perkongsian data dengan agensi berkaitan |
|
| » | Urusan kemasukan ke IPTA telah diaudit oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd dan memperoleh persijilan MS ISO 9001 : 2000 |
|
| » | Menyepadukan sistem aplikasi dalam semua urusan kemasukan dan mesra pengguna,pengurangan penggunaan kertas |
|
BPKP JPT adalah salah sebuah bahagian di KPT yang sentiasa mementingkan amalan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti berasaskan kepada cekap, bersih, amanah dan mesra. Pelbagai cara dan ruang dibuka untuk pelanggan memberi maklum balas dan aduan kepada segala perkhidmatan yang disediakan. Ini diperkukuhkan lagi dalam piagam pelanggan KPT dan BPKP JPT yang jelas menuntut dipastikan keperluan teknologi komunikasi maklumat serta sistem aplikasi KPT selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan mengikut kehendak pelanggan. Pembangunan sistem ICT yang bertepatan melalui projek seperti Sistem Kemasukan Ke IPTA ini membuktikan usaha BPKP JPT yang efektif dan strategik telah meningkatkan lagi kepuasan dan penerimaan pelanggan. |
||
![]() |
||
|
||