BERITA |
| |
MAJLIS PELANCARAN INSTRUMEN MY3S |
 |
12 Januari 2010 - Pelancaran Instrumen My3S telah diadakan pada 12 Januari 2010 (Selasa) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena Majlis Amanat Tahun Baru KPT 2010. Majlis yang disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia itu telah dihadirioleh lebih kurang 2,000 jemputan yang terdiri daripada warga KPT, kakitangan serta pelajar IPT.Instrumen My3S dibangunkan adalah bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran....Berita Lanjut
|
|
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010 (KPTN 2010) |
 |
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2010 dengan tagline “Jom Masuk U” telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 10 Januari 2010 di Zon Pertama bertempat di PERSADA, Johor Bahru, Johor. Majlis pelancaran bagi karnival ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Teks pelancaran telah dibacakan oleh YB Dato’ seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Pameran ini telah disertai oleh 90 agensi dari pelbagai agensi seperti IPTA, IPTS, Agensi Pembiayaan dan lain-lain. ,....Berita Lanjut
|
|
GLOBAL HIGHER EDUCATION 2009 (GHEF) |
 |
14 - 16 Disember 2009 - Global Higher Education 2009 (GHEF) telah diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2009 bertempat di Hotel Parkroyal, Pulau Pinang. Forum ini telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, Universiti Sains Malaysia dengan sokongan Centre for Higher Education Research and Studies, Ministry of Higher Education Saudi Arabia, Association of Arab Universities, Association of African Universities, Consortium for North American Higher Education Collaboration (CONAHEC) dan International Association of Universities, Perancis. ....Berita Lanjut
|
|
PROGRAM KEPIMPINAN PENSYARAH MUDA
KPT DENGAN KERJASAMA INTAN TAHUN 2009
|
 |
Pada tahun 2009, Jabatan Pengajian Tinggi telah mengadakan Program Kepimpinan Pensyarah Muda dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang bertempat di Intan Kampus Wilayah Utara (INTURA). Sebanyak tiga siri Program telah diadakan sepanjang tahun 2009, dengan penyertaan sebanyak 208 orang pensyarah muda dari 20 buah IPTA.....Berita Lanjut
|
|
EKSPO PENYELIDIKAN DAN CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA 2009 (PECIPTA 2009) |
 |
08 - 10 Oktober 2009 -Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usahanya untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA 2009) pada 8-10 Oktober 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)”. ....Berita Lanjut
|
|
|
| |
|