PENERBITAN
   
PENERBITAN
DESKRIPSI

PEMBANGUNAN PELAJAR (MEMPERKASAKAN KOKURIKULUM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI)

Pemerkasaan kursus kokurikulum dalam sistem pengajian tinggi wajar diberikan penekanan sama seperti kurikulum teras yang lain.  Kokurikulum di institusi pengajian tinggi merupakan pelengkap kepada kitaran kurikulum pengajian bidang teras.  Kurikulum kokurikulum menumpukan hasil pembelajarannya kepada pencapaian dalam komponen psikomotor dan afektif di samping kognitif.  Penekanan kepada komponen tersebut adalah penting ke arah pembetukan modal insan.

Kursus kokurikulum yang dirancang dengan berdasarkan konsep pendidikan formal yang diberikan kredit adalah sesuai untuk menerapkan tujuh elemen kemahiran insaniah secara tersusun dan berstruktur.  Pelajar boleh membuat pilihan untuk mengikuti kursus kokurikulum dengan berdasarkan minat atau kemampuan mereka.  Terdapat lapan teras utama kokurikulum yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Lapan teras utama tersebut ialah sukan, kebudayaan, daya usaha dan inovasi, pengucapan awam, kesukarelawanan, khidmat komuniti, keusahawanan dan kepimpinan.

PELAN STRATEGIK PEMASARAN ANTARABANGSA PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2006-2010

Umumnya, buku Pelan Strategik Pemasaran Antarabangsa Pengajian Tinggi Malaysia 2006-2010 menggariskan strategi memasarkan pengajian tinggi Malaysia.  Buku ini turut menentukan hala tuju, panduan, perancangan dan pelan tindakan ke arah memenuhi hasrat Kementerian untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa kepada 100,000 orang menjelang tahun 2010. Buku ini mengandungi Pengenalan, Senario Pengajian Tinggi, Pembentukan Strategi dan Strategi Pemasaran Antarabangsa.

 

LAPORAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT 2006

Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan untuk mengesan destinasi pertama graduan selepas menduduki peperiksaan di tahun akhir sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen, iaitu lazimnya dalam lingkungan tiga hingga enam bulan. Objektif kajian adalah meninjau tahap employability dan marketability graduan, mandapat pandangan dan persepsi graduan terhadap program akademik, sistem pengajian dan kemudahan prasarana di IPT masing-masing serta mewujudkan pangkalan data graduan-graduan IPT. Skop kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir yang telah menamatkan pengajian di 18 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 18 Politeknik dan 34 Kolej Komuniti serta 13 IPTS yang menyertai kajian ini.

THE FUTURE OF ENGINEERING EDUCATION IN MALAYSIA

The study on the Future Of Engineering In Malaysia is part of the ongoing efforts towards realising the vision of the National Education Philosophy in producing human capital that is resilient, competitive, cultured and intellectually rigorous. These attributes are necessary for the nation’s professionals, engineers being the largest group, to face the challenges of globalisation and technological advancement, and contribute towards the socio-economic development of the country and the attainment of national unity. 

MODUL HUBUNGAN ETNIK

Modul ini disediakan sebagai panduan utama Kursus Hubungan Etnik di Institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Tujuan utama modul Ini ialah untuk mendedahkan para pelajar pada tajuk-tajuk asas yang difikirkan sesuai untuk dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan disamping dikaji dengan lebih mendalam menerusi kerja kursus. Oleh itu, modul ini bukanlah sebuah teks yang terperinci dan definitif sifatnya, tetapi lebih merupakan satu batu loncatan untuk pelajar memikir dan meneliti hal-hal yang berkait dengan hubungan etnik yang merupakan sebahagian daripada kehidupan dan pengalaman seharian mereka.

HALA TUJU 2

Laporan Hala Tuju 2 Program Sarjana Muda Perakaunan ini bertujuan untuk mengemukakan hasil penilaian semula program perakaunan di Malaysia yang pelaksanaannya berasaskan Laporan  Hala Tuju 1 2001. Laporan Hala Tuju 2 ini disediakan  oleh Jawatankuasa Penilaian Semula Hala Tuju Program Perakuan dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia (MIA). Jawatankuasa Penilaian ini ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berdasarkan persetujuan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Prof. Dr. Hassan Said, Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan IPT, KPT pada 10 Jun 2005.

MODUL PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (Softskills) UNTUK INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

IPT di Malaysia perlu mengorak langkah untuk melaksanakan revolusi pendidikan dalam usaha memantapkan dan memperkasakan  pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh demi kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja. Dengan ini, IPT dapat menjanakan graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya. Justeru, kemahiran insaniah harus diberi perhatian utama oleh IPT. Kemahiran ini bertujuan untuk menjanakan graduan yang memiliki Kemahiran Berkomunikasi; Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah; Kemahiran Berpasukan; Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; Kemahiran Keusahawanan; Kemahiran Keusahawan;Kemoralan Etika Profesional; dan Kemahiran Kepimpinan