|
|
TERAS 2: MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK 'MINDA KELAS PERTAMA'. |
|
![]() |
|
Meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua peringkat. Dalam tempoh Rancangan, usaha akan dipergiat untuk membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek akan dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi,dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh. |
|
| Kurikulum dan Pengajaran | |
Dalam tempoh Rancangan, perlaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan akan dipercepatkan untuk memastikan keseragaman dan kualiti. Di peringkat sekolah, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum akan dikaji semula bagi memastikan asa yang kukuh dalam pembanguunan kompetensi teras dan bersesuain dengan keperluan yang sentiasa berubah. Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan pedagogi dan membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan. |
|
Di peringkat tertiari, kerjasama antara industri dengan institusi pendidikan tinggi akan dipertingkat untuk lebih responsif kepada keperluan pasaran dan mengurangkan ketidadsepadanan kemahiran. Kursus baru akan diperkenal selaras dengan keperluan pasaran buruh yang sentiasa berubah. Bagi meningkatkan keupayaan siswazah tempatan mendapat pekerjaan, keperluan bagi program latihan praktikal dan penempatan industri akan diperkukuh. Penambaikan kurikulum yang bersesuaian juga akan dilaksana. |
|
Program latihan akan direka semula selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berubah Sistem Latihan Dual Kebangsaan akan diperbaik melalui perundingan lebih kerap dengan pihak berkepentingan termasuk persatuan industri, manakala Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan dan Latihan akan ditubuh bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitan pendidikan industri. |
|
|
|
Infrastruktur dan Kemudahan |
|
Akses kepada pendidikan prasekolah akan diperluas dengan penyediaan lebih banyak kelas prasekolah, terutama di kawasan luar bandar. Bagi pendidikan peringkat rendah dan menengah, kemudahan yang lebih baik akan disediakan di kawasan luar bandar serta di Sabah dan Sarawak. Lebih banyak bilik darjah akan dibina untuk memastikan pencapaian pendidikan rendah yang sejagat. Di samping itu, kapasiti pendidikan universiti dan latihan kemahiran lanjutan akan diperluas. |
|
| Melahirkan Institusi Tertiari Bertaraf Antarabangsa | |
Usaha kaan diambil untuk meningkatkan kualiti pendidikan tertiari bagi mencapai taraf antarabangsa. Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi tempatan akan ditanda aras mengikut piawai antarabangsa dan satu sistem penarafan akan diperkenal. Institusi Pengajian Tinggi juga perlu mematuhi paiawai prosedur jaminan kualiti yang telah ditetapkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Bagi menyokong pelaksanaan MQF dan menubuhkan sistem jaminan kualiti bersepadu, Agensi Kelayakan Malaysia akan ditubuuhkan pada tahun 2006. Kualiti ahli akademik akan dipertingkat melalui lebih banyak program pembangunan untuk mereka. Di samping itu, bilangan ahli akademik yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah di universiti awam akan ditambah lagi bagi mencapai sasaran 60 peratus daripada jumlah ahli akademik menjelang tahun 2010. Bagi meningkatkan kualiti dan pandangan global universiti dan ahli akademik, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka antarabangsa akan diushakan termasuk melaluli kerjasama penyelidikan. |
|
|