INTERNSHIP PROGRAMME |
||
|
||
|
||
![]() |
||
LATIHAN INDUSTRI TERATUR DIBIDANG IC DESIGN
|
||
Integrated Circuit Design (IC Design) adalah satu bidang berpotensi tinggi berteraskan pengetahuan (knowledge-driven) dan ianya adalah aktiviti yang mempunyai nilai tambah (value add) tertinggi dalam rantaian produk semikonduktor (semiconductor value chain). Latihan Industri Teratur dibidang IC Design ini dilancarkan seiring dengan usaha Kerajaan untuk menjana lebih ramai jurutera IC Design yang akan menyumbang kepada ‘ekonomi berpendapatan tinggi’ selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam Model Ekonomi Baru. Latihan Industri Teratur dibidang IC Design adalah satu program latihan industri khusus yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan IC Microsystems Sdn Bhd (ICmic) – sebuah syarikat IC Design yang utama di Malaysia. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran (competencies) dalam IC Design dan merapatkan jurang antara industry’s expectation dan skill sets pelajar. Pelajar yang terpilih mengikuti program ini ditempatkan khusus di kumpulan syarikat ICmic untuk dilatih dibidang IC Design. Kaedah ini berbeza berbanding dengan latihan industri biasa dimana para pelajar ditempatkan secara rambang di syarikat-syarikat kejuruteraan. Semasa menjalani latihan, pelajar didedahkan kepada pendekatan sistematik (step by step) dalam teknik IC Design berdasarkan proses IC komersial yang telah direkabentuk dan di bangunkan oleh ICmic. ICmic dengan kerjasama KPT, telah menyediakan perisian Electronic Design Automation (EDA) dan Technology Computer Aided Design (TCAD) tools kepada IPTA yang dipilih oleh KPT dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menggunakan perisian IC Design yang digunakan oleh industri atau industry standard tools. Semasa mengikuti program ini, pelajar dijuruskan kepada ‘on-the-job module’ dalam IC Design yang komprehensif. Modul ini telah dibangunkan oleh ICmic dan ianya memberi pendedahan kepada pelbagai teknologi dalam IC Design. Pelajar akan menjalani sebahagian atau kesemua modul tersebut bergantung kepada tempoh latihan seperti yang ditentukan oleh Universiti dan juga keupayaan dan kebolehan mereka. Modul-modul tersebut merangkumi perkara dan aktiviti berikut:
Selepas mengikuti program ini dan skill-sets yang dijana, pelajar akan mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah disamping berkeyakinan untuk bekerja di syarikat-syarikat multinational didalam dan luar negara.
|
||
IC Microsystems Sdn. Bhd. |
||
>>Keterangan lanjut layari : http://www.icmic.com/git.htm |
||