SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAT (SUSULAN)
w w
 
 

Kajian Pengesanan Graduan Susulan (SKPGII) merupakan satu sistem atas talian yang dibangunkan oleh KPT sebagai pelengkap kepada SKPG 1, yang dijalankan secara atas talian. Dengan adanya usaha ini, diharap pihak negara akan mendapat gambaran sebenar berkaitan dengan dunia pekerjaan graduan seperti tahap kebolehdapatan kerja, kebolehpasaran graduan, job trend dan job mobility. Maklumat-maklumat ini akan dapat membantu Kerajaan dan IPT menggubal polisi dan merancang program-program yang lebih bertepatan dalam membangunkan modal insan negara. Di samping itu, para pelajar IPT dan para graduan dapat membangunkan kerjaya masing-masing berasaskan fakta-fakta sebenar.

KAJI SELIDIK INI TERBUKA KEPADA SEMUA GRADUAN

» Pemegang Pasca Ijazah
» Pemegang Ijazah Pertama
» Pemegang Diploma
» Pemegang Sijil UiTM/ Politeknik/ Kolej Komuniti/ MLVK/ IKM/ IKBN/ ILP (bagi program 1 tahun ke atas)
 
Jika anda mempunyai kriteria-kriteria yang kami cari, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memberi respon dalam kaji selidik ini dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan memperoleh pelbagai insentif! Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Marilah memberi respon segera kepada kaji selidik ini mulai SEKARANG!