SOAL SELIDIK KECENDERUNGAN KERJAYA
w w
 

Istilah e-Psybermatrix sebenarnya adalah berasal daripada singkatan perkataan ‘Electronics,’ ‘Psychology’, ‘Cyber’ dan ‘Matrix.’ Istilah ini telah diadaptasikan oleh Kumpulan Penyelidik TAJMA e-Psybermatrix sebagai satu cabang penyelidikan baru yang mengaplikasikan teknologi ICT sepenuhnya di dalam proses pengukuran dan penilaian psikologi manusia.

Penyelidikan yang telah dijalankan sejak 2002 ini telah diasaskan oleh tiga orang penyelidik Sains Kognitif yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Tajudin bin Haji Ninggal selaku Pakar Psikologi Kaunseling, Tuan Syed Mohd Asri bin Syed Yahya selaku Jurutera Sistem Pakar & Kepintaran Buatan dan Puan Aida Khaizilla bte Abdul Khairi selaku Jurutera Web & Hipermedia. Sehingga kini, hasil penyelidikan yang telah berjaya dibangunkan ialah perisian aplikasi web TAJMA Psybermatrix mengandungi tiga profil psikologi iaitu Profil Personaliti TAJMA (PPT) dan Profil Minat Kerjaya TAJMA (PMKT) dan Profil Stres TAJMA (PST).
 
Dalam konteks di Malaysia, ketiga-tiga profil yang dibangunkan ini merupakan perisian profil psikologi terawal dibangunkan oleh kumpulan penyelidik tempatan.  Perisian ini telah direkabentuk untuk memberikan data saintifik  seseorang individu atau sekumpulan individu dari aspek personaliti, emosi, pemikiran dan minat kerjaya yang berasaskan budaya masyarakat Malaysia. Justeru itu, ia dapat mengurangkan kadar bias dan ketidaktepatan dapatan ujian berbanding penggunaan ujian psikologi luar negara yang lebih mirip kepada budaya dan nilai hidup barat.
 
PPT dan PMKT telah digunapakai oleh pihak pengurusan Universiti Teknologi Malaysia menerusi Pejabat Pengurusan Sumber Manusia sebagai psychological tools dalam proses saringan dan temuduga perjawatan sejak tahun 2003. PPT juga telah digunakan sebagai salah satu modul dalam Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi staf akademik di UTM. PPT, PMKT dan PST pula telah digunakan secara meluas oleh kaunselor di Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM dalam proses perkhidmatan bimbingan kaunseling dan kerjaya mahasiswa dan staf.
 
PENCAPAIAN
 
» Pingat Emas (Best Booth Design) - 16th International Invention, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2005
» Pingat Emas (Best Booth Design) - 16th International Invention, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2005
 
Sila klik di sini untuk melayari Sistem Soal Selidik Kecenderungan Kerjaya