Malaysia, pada hakikatnya telah berjaya dalam usaha pendemokrasian pengajian tinggi dan menegeluarkan jumlah graduan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi pertumbuhan eknominya sepanjang tempoh tiga dekad yang lalu.
Sebagai gedung ilmu, IPT memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan. Pada masa kini, IPTA dan IPTS telah berkembang dengan pesatnya dengan pertambahan bilangann pelajar dan pelbagai program pengajian.
Seiring dengan perkembangan globalisasi, IPT perlu mempunyai daya saing dan daya tahan supaya dapat berada dalam kelompok universiti terbaik dunia. Usaha meningkatkan keupayaan IPT akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.
Sejarah penubuhan pengajian tinggi di Malaysia bermula dengan:
| »Universiti Malaya [1961] |
| »Universiti Sains Malaysia [1969] |
| »Kolej Tunku Abdul Rahman [1969] |
|