<%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Untitled Document
PERKEMBANGAN IPTA
 
Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu universiti penyelidikan, universiti komprehensif dan universiti berfokus. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA (yang ditubuhkan di bawah AUKU 1971) yang terdiri daripada empat (4) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan dua belas (12) lagi universiti berfokus.

Universiti penyelidikan ialah universiti awam yang telah diiktiraf sebagai universiti yang memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti penyelidikan dan pengajian yang berteraskan penyelidikan dan pembangunan (R &D).

Universiti penyelidikan :

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM).

Universiti komprehensif ialah universiti awam yang menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian untuk semua peringkat pengajaran termasuk   pra-siswazah, siswazah dan pasca siswazah.

Universiti komprehensif :

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Universiti berfokus pula ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang-bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan. Universiti berfokus terdiri daripada dua belas (12) buah universiti awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
 
Tanggungjawab yang dipikul oleh Universiti Apex sangat mencabar kerana ia perlu memastikan kedudukannya dalam carta 100 universiti terbaik di dunia dalam masa 5 tahun selain daripada menempatkan diri dalam kalangan 50 universiti terbaik di dunia pada tahun 2020.  Pada 27 Ogos 2008, Kabinet dengan sebulat suaranya telah bersetuju untuk memilih Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex yang pertama di Malaysia. USM telah berjaya menewaskan tiga pencabar terdekat iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam satu persaingan sengit bagi merebut kedudukan yang terulung ini.

Kriteria dan penilaian yang telah digunakan untuk memilih USM sebagai Universiti Apex adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan USM untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik di peringkat antarabangsa. Adalah diharapkan agar USM dapat menjadi pelopor dan perangsang kepada Universiti lain di Malaysia untuk terus berusaha mencapai status yang lebih baik dan bertaraf dunia serta seterusnya memartabatkan nama Malaysia sebagai hub pendidikan dan pengajian tinggi yang terulung di dunia.