PERKEMBANGAN IPTS |
|||||||||||||
Pendidikan swasta telah berkembang dari segi bilangan institusi dan peranan apabila wujudnya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pada tahun 1980-an yang mula menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil dan diploma secara kerjasama dengan universiti atau badan professional dari luar Negara seperti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand. Pada tahun 1990-an perkembangan pendidikan swasta semakin meningkat apabila semakin banyak IPTS menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan, komunikasi, computer, dan teknologi maklumat melalui program kerjasama dengan United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada dan Perancis. Program kerjasama ini dijalankan melalui Program Bekembar, Program Pindahan Kredit, Program Pengiktirafan Luar (Advance Standing Programme), dan Program Profesional. Melalui program ini pelajar diperlukan untuk menamatkan peringkat akhir pengajian di Negara-negara berkenaan. Program berkembar 1+2, 2+2 atau 3+1 yang dijalankan ketika ini memerlukan pelajar meneruskan pengajaian di tahap kedua selama satu atau dua tahun terakhir di universiti luar negara tesebut. |
|||||||||||||
Kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1997 telah memberikan impak yang signifikasi kepada perkembangan pendidikan tinggi swasta tempatan. Dengan pemberhentian penghantaran secara besar-besaran pelajar tajaan kerajaan ke luar Negara, IPTS bukan bertaraf universiti telah dibenarkan untuk mengandalikan kursus pengajian dengan kerjasama universiti luar Negara di UK, Australis, New Zealand dan Perancis melalui program 3+0, di mana pelajar dapat menamatkan kesekuruhan pengajain di IPTS tempatan. |
![]() |
||||||||||||
Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 32 IPTS telah diberi kelulusan mengandalikan program 3+0. pengandalian program ini telah memberikan pengalaman berguna kepada IPTS dalam mengendalikan kursus pengajian di peringkat ijazah pertama dan dalam masa yang sama telah berjaya menaraik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk mengikut pengajain tinggi di Malaysia. Pengalaman luas IPTS dalam mengadakan program kerjasama dengan luar Negara telah membuka pintu untuk pelaksanaan program kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan IPTS melalui kaedah francais. Perkongsian bijak antara IPTA dan IPTS ini telah meningkatkan kualiti kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS. Dalam konteks ini, IPTS mempunyai dua kelebihan dari segi mendapatkan pengalaman dalam menjamin kualiti kursu pengajian yang ditawarkan iaitu jaminan kualiti berdasarkan universiti luar Negara dan juga IPTA tempatan. IPTS di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu IPTS berstatus Universiti bukan IPTS bertaraf Universiti. Bagi IPTS bertaraf Universiti terdapat tiga kategori iaitu IPTS bertaraf Universiti, Kolej Universiti, Kampus Cawangan Universiti Luar Negara dan bagi IPTS yang bukan bertaraf Universiti pula ialah Kolej. |
|||||||||||||
Jadual 1 : Statistik IPTS Sehingga 31 Disember 2010
*IPTS berdaftar yang aktif
|
|||||||||||||
| Klik disini untuk maklumat lanjut | |||||||||||||