%@LANGUAGE="JAVASCRIPT" CODEPAGE="1252"%>
UNIVERSITI APEX |
|||||||||||||||||||||||||||||
Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia. Secara umumnya, universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif. Universiti Apex yang pertama di Malaysia iaitu USM telah menerima pengiktirafan ini pada 27 Ogos 2008 hasil daripada persetujuan sebulat suara Kabinet. Pemilihan USM sebagai Universiti Apex adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan USM untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik. Antara matlamat penubuhan Universiti Apex adalah untuk menjadi sebuah universiti yang tersohor dan menjadi universiti rujukan kepada Universiti lain. Di samping itu, Universiti ini bertanggungjawab untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu menghasilkan kajian dalam bidang R&D&C yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Selain daripada itu, Universiti ini juga bertanggungjawab untuk menghasilkan penyelidik yang bertaraf Nobel Laureate dan pensyarah yang bertaraf dunia. |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||
Universiti Apex telah diberi keistimewaan dan pengiktirafan yang tertinggi dari Kerajaan dengan diberi autonomi penuh dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, perlantikan kakitangan, pensyarah dan kepimpinan tertinggi serta penetapan yuran pengajian. Universiti Apex telah diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia dan LPU yang terdiri daripada profesional berkalibel yang mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU ini bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi Universiti. Pemilihan pelajar juga akan dibuat berdasarkan kepada merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holisitik termasuk melalui temu duga. Komposisi pelajarnya juga terdiri daripada masyarakat majmuk di Malaysia dan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar antarabangsa.Bagi menjamin kecemerlangan akademik yang berterusan, pemilihan ahli akademik yang cemerlang dan mempunyai kesarjanaan yang tersohor oleh Universiti tersohor dunia seperti Universiti Harvard, Universiti Oxford dan Universiti Cambridge akan dibuat melalui pemilihan yang ketat dan kompetitif. Di samping, prestasi universiti ini juga akan dinilai berdasarkan kepada sasaran KPI yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini yang mampu menarik tumpuan pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang dari pelosok dunia. Bagi tujuan ini, Universiti Apex perlu mempunyai ciri-ciri berikut: iaitu:
Sehubungan itu, diharapkan agar USM sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mampu melaksanakan hasrat murni ini dengan menjadi Universiti Bertaraf Dunia dan seterusnya menjadi role model kepada Universiti lain dalam usaha untuk memperkasakan pengajian tinggi. |
|||||||||||||||||||||||||||||