Visi Universiti Penyelidikan
Universiti penyelidikan mengambil bahagian yang aktif dalam penerokaan idea baru, menguji kaedah yang inovatif dan mengambil inisiatif secara intelek untuk terus meneroka dan mengembang ilmu yang terkehadapan.
Misi Universiti Penyelidikan
Misi Universiti Penyelidikan adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara, membuka peluang bagi pelajar dan para sarjana bertukar fikiran juga melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang menyemarakkan eksplorasi dan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan, dan akhirnya meningkat kualiti hidup.
Kriteria Pemilihan Universiti Penyelidikan
Pengiktirafan sesebuah Universiti Penyelidikan adalah berdasarkan kepada lapan (8) kriteria pemilihan seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penaksir Universiti Penyelidikan, di mana kriteria ini telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C dan turut menggunapakai kriteria yang telah digunapakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.
Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:-
BIL |
KRITERIA |
PEMBERAT |
1. |
Kuantiti dan Kualiti Penyelidik |
25 |
2. |
Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan |
30 |
3. |
Kuantiti Pasca Siswazah |
10 |
4. |
Kualiti Pasca Siswazah |
5 |
5. |
Inovasi |
10 |
6. |
Khidmat Profesional dan Hadiah |
7 |
7. |
Rangkaian dan Pautan |
8 |
8. |
Kemudahan Sokongan |
5 |
JUMLAH |
100% |
Kriteria tersebut telah dibangunkan dengan berfokuskan kepada aspek R&D&C serta turut mengambil kira kriteria yang diguna pakai oleh beberapa agensi penarafan terkemuka antarabangsa.
Diharap agar pengiktirafan yang telah diberikan kepada keempat-empat Universiti di Malaysia iaitu UM, UKM, USM dan UPM sebagai Universiti Penyelidikan dapat menjadi batu loncatan dalam usaha untuk merangka strategi bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan IPTA tempatan di peringkat antarabangsa.
Justeru itu, Universiti Penyelidikan perlu berusaha dengan lebih gigih ke arah meningkatkan kedudukan atau ranking di kalangan universiti terkemuka dunia seperti dalam penarafan Times Higher Education Supplement (THES). Kehendak ini juga adalah selaras dengan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mensasarkan supaya sekurang-kurangnya tiga (3) institusi pengajian tinggi (IPT) disenaraikan di antara 100 universiti terbaik dunia dan satu (1) antara 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020.
» Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan |