KUTIPAN DATA IPTS
w w

Kutipan data IPTS dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember. Pengumpulan data ini bertujuan untuk mengadakan pangkalan data IPTS bagi tujuan rujukan, perancangan dan pemantauan IPTS.

Proses kutipan pada setiap sesi dibahagikan kepada dua fasa. Pada fasa pertama, IPTS dikehendaki untuk mengemukakan data agregat bagi pelajar dan tenaga pengajar dalam tempoh tiga minggu dan disusuli dengan data profail pelajar, tenaga pengajar dan maklumat kursus pengajian dalam tempoh lima minggu dari tarikh surat pengumpulan data dikeluarkan. Namun begitu, IPTS dapat menyediakan data profail dalam tempoh tiga minggu dari tarikh surat pengumpulan data dikeluarkan, IPTS terbabit tidak perlu lagi menghantar data agregat.

Berikut adalah format pengumpulan data IPTS :-

  1. Format Data Agregat:
  1. Pelajar Tempatan sehingga 31 Mei 2010 (Lampiran A1)
  2. Pelajar Antarabangsa sehingga 31 Mei 2010 (Lampiran A2)
  3. Tenaga Pengajar Tempatan dan Antarabangsa sehingga 31 Mei 2010 (Lampiran A3)
  1. Format Data Profail:
  1. Pelajar sehingga 31 Mei 2010 (Lampiran B1)
  2. Tenaga Pengajar sehingga 31 Mei 2010 (Lampiran B2)
  3. Maklumat Kursus Pengajian yang ditawarkan sehingga 31 Mei 2010 (Lampiran B3)
  4. Pengesahan Ketua Eksekutif
*Klik di sini untuk muat turun lampiran B1, B2, B3 & Pengesahan Ketua Eksekutif
  1. Rujukan:
  1. Format Rujukan Data Agregat dan Profail (Lampiran C1)
  2. Kod Rujukan (Lampiran C2)