PANDUAN PENDAFTARAN
   
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA BERTARAF UNIVERSITI, KOLEJ UNIVERSITI DAN KAMPUS CAWANGAN
     
PENGENALAN
 
Garis Panduan Pendaftaran Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Bertaraf Universiti, Kolej Universiti dan Kampus Cawangan ini disediakan bagi memudahkan pemohon memahami syarat dan kriteria pendaftaran.
PRA-SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN
 
Permohonan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini boleh dikemukakan setelah mendapat:
  a.

Pelawaan penubuhan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan; dan

  b. 

Kelulusan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

  c.

Kursus pengajian atau program latihan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia;

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
  Permohonan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini perlu memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  a.

Draf memorandum dan perkara-perkara persatuan (M&A) bagi syarikat yang memiliki institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini telah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar;

  b.

Mempunyai modal terbitan dan modal berbayar yang mencukupi bagi menubuh dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan;

  c.

Mempunyai pegangan ekuiti tidak kurang daripada 30% bagi bumiputera dan tidak lebih daripada 20% bagi ekuiti asing;

  d.

Draf Perlembagaan bagi institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini telah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar

   

Ketua eksekutif bagi institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini telah didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KRITERIA PENDAFTARAN
 
Ketua pendaftar dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] boleh mendaftarkan institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan dengan mengenakan syarat-syarat yang difikir perlu. Kriteria pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan adalah tertakluk kepada seksyen 27 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 iaitu:
  a.

Bahawa institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini dari segi keselamatan dan kesihatan -

   

i. Adalah sesuai bagi kegunaan sebagai institusi pendidikan
ii. Mempunyai kawasan yang mencukupi dan memuaskan bagi rekreasi pelajar
iii. Terletak di tempat yang sesuai
iv. Adalah sesuai kerana tidak ada ancaman bahaya kebakaran
v.  Adalah bangunan yang selamat dan tidak berbahaya

  b.

Bahawa institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini digunakan bagi maksud memberikan pendidikan, ajaran atau latihan yang tidak memudaratkan kepentingan negara, orang awam atau pelajar

  c.

Bahawa nama yang digunakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti, kolej universiti dan kampus cawangan ini adalah sesuai

  d.

Bahawa struktur yuran yang dikenakan ke atas pelajar adalah munasabah.

   

Disediakan oleh:
SEKTOR PENGURUSAN IPTS
JABATAN PENGURUSAN IPT
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA