![]() |
|
CARIAN POPULAR >>
|
|
PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI (HICoE) Penarafan Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (CoE) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau Higher Institutions’ Centre of Excellence (HICoE) merupakan usaha untuk mengenal pasti ‘best of the best CoE’ sedia ada ditubuhkan di IPT untuk dilonjakkan ke peringkat antarabangsa. Ini adalah selaras dengan sasaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk mempunyai 20 CoE bertaraf antarabangsa menjelang 2020. CoE merupakan entiti berfokus di IPT dalam sesuatu bidang teras sama ada penyelidikan, pengajaran & pembelajaran serta perkhidmatan. Bagi peringkat permulaan, penarafan HICoE dijalankan terhadap permohonan CoE IPT dalam aspek penyelidikan. Dalam hubungan ini, penarafan HICoE dilihat sebagai ‘2nd tier’ kepada Universiti Penyelidikan untuk memacu kecemerlangan penyelidikan yang lebih strategik dan berfokus. | |
|
Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 telah bersetuju mengiktiraf Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) dan Universiti Malaya (UM) sebagai Universiti Penyelidikan. Selaras dengan Teras Tiga (3) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk memperteguh penyelidikan dan inovasi, adalah menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi supaya lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi (IPT) dapat diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan di mana sekurang-kurangnya enam (6) Universiti Penyelidikan disasarkan menjelang 2020. Maklumat Lanjut >> |
|