BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP)
Biasiswa SLTP ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang-bidang teknikal khususnya sains dan teknologi  di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Pemegang biasiswa yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 ke atas boleh dilantik sebagai tenaga pengajar di Politeknik dan Kolek Komuniti sekiranya memenuhi syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
Tawaran biasiswa dibuat sekali setahun (Mei/Jun) dan iklan tawaran  biasiswa akan dimaklumkan melalui pihak IPTA dan laman web KPT di www.mohe.gov.my.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
» Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
» Pemohon telah mendapat tempat di IPT dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama;
» Pemohon tidak boleh mempunyai penaja lain;
» Mendapat keputusan CGPA 2.75 keatas; dan
» Aktif dalam kegiatan kokurikulum semasa di kolej/universiti.
 ELAUN / KEMUDAHAN
» Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya;
» Elaun Sara Hidup sebanyak RM8,400.00 setahun (Kadar A) atau RM7,140.00 setahun (Kadar B);
» Elaun Buku setiap tahun;
» Elaun Alat Perkakas;
» Elaun Tesis sekali sepanjang pengajian (jika pengajian melibatkan tesis);
» Elaun Kertas Projek setiap tahun;
» Elaun Latihan Praktikal (jika berkelayakan); dan
» Tambang perjalanan bagi penuntut Semenanjung yang berkursus di Sabah atau Sarawak, dan penuntut dari Sabah atau Sarawak yang berkursus di Semenanjung.
PERMOHONAN / PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

     UNIT SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA
     BAHAGIAN BIASISWA,
     Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
     Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
     62100, PUTRAJAYA

     Telefon : 03-8884 4600
     Fax : 03-8884 4701

     Emel : bs@mohe.gov.my

atau berhubung terus dengan pegawai yang terlibat;
  NAMA
TELEFON
E-MAIL (@mohe.gov.my)
  PUAN SAIDATUL HIZAM BINTI ABD MANAF
  Ketua Penolong Setiausaha (KPSU)
03-8884 4608
saidatul
  CIK ZANARIAH BINTI ZAKARIA
  Penolong Setiausaha (PSU)
03-8884 4678
zanaz
  PUAN HAMIZA BINTI MOHAMED HAMIDI
  Pembantu Tadbir
03-8884 4611
mieja