SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA

w w Muat Turun Adobe reader
1.

Sijil Sokongan Luar negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.

2.

Cara-cara untuk memohon SSLN :

 

a. Perlu mengenal pasti terlebih dahulu pencapaian akademik yang diperoleh sama ada memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti luar negara dan memohon secara bertulis untuk mendapatkan SSLN daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Tinggi.

 

b.  Jika memenuhi syarat kelayakan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan tempat pengajian di IPT luar negara.

 

c.  Setelah memperoleh tempat pengajian, permohonan untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara daripada
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang KP/SSLN/2012 ke alamat berikut:

 

Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 9, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan (Education Malaysia))

   
  Dokumen - dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan:
 
  1. 1 salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
  2. 1 salinan sijil kelayakan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia yang telah disahkan.
  3. 1 salinan surat tawaran kemasukan ke IPT luar negara yang telah disahkan.
  4. 1 keping gambar warna berukuran pasport pemohonan (sila lekatkan pada muka hadapan si sudut kanan borang KPT/SSLN/2012/A).
3.

SSLN akan dikeluarkan oleh KPT jika semua syarat dipenuhi. Semua salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran, sijil peperiksaan, surat beranak, kad pengenalan, surat akuan bank dan lainlain yang berkaitan hendaklah disahkan oleh sama ada Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar, penggawa/penghulu/ketua kampung.

4.

SSLN tidak dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan mendapatkan biasiswa atau pinjaman kewangan bagi pembiayaan pembelajaran tetapi SSLN berperanan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan visa.

5.

Tujuan syarat kelayakan minimum dikuatkuasakan bagi menjamin kualiti pendidikan yang dapat membekalkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi meningkatkan produktiviti ke arah negara maju.

6.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan SSLN ialah :

a.  Memenuhi syarat kelayakan sebenar(bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM.
b.  Mempunyai surat tawaran pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian yang sah daripada IPT luar negara.
c.  Mempunyai sokongan pembiayaan kewangan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh pengajian.
d.  Mempunyai penjaga yang ada pertalian keluarga dengan pelajar jika pelajar di bawah umu
r.

7.

SSLN diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke semua negara luar.

8.

SSLN akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah mendaftar di IPT luar negara untuk mengikuti pengajian bagi sesi pengajian.

9.

SSLN tidak semestinya diperoleh oleh pemohon walaupun mempunyai surat tawaran pengajian daripada IPT luar kerana setiap permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia), bukannya negara luar

 
Klik di sini untuk muat turun borang