Unit Penguatkuasaan Dan Kutipan Bayaran Balik telah
menerima beberapa wang pos / bank draf / cek di mana
nama dan kad pengenalan pelajar tidak ditulis di
belakang wang pos / bank draf / cek tersebut. Keadaan
ini telah menyebabkan kesukaran KPT untuk mengenalpasti
pelajar yang membuat bayaran berkenaan. Sehubungan
dengan itu, pelajar yang telah membuat bayaran melalui
wang pos / bank draf / cek tetapi masih belum menerima
resit pembayaran dipohon supaya menghubungi unit ini
untuk membuat semakan. Ini adalah kerana tarikh luput
wang pos / bank draf / cek tersebut adalah 3 bulan dari
tarikh pembelian. Wang pos / bank draf / cek yang telah
luput perlu dikembalikan kepada pelajar untuk ditunaikan
di pejabat pos dan pelajar perlu membuat wang pos / bank
draf / cek yang baru atau menggunakan cara bayaran yang
lain. KPT tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan
yang dilakukan pelajar. |
| KAEDAH BAYARAN TABUNG PINJAMAN PELAJARAN KPT (sila klik di sini) |
| Peringatan: |
| » |
Maklumat bayaran berikut adalah untuk pembayaran
balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) bagi pelajar
peringkat sijil di Politeknik dan peringkat sijil dan
diploma di Kolej Komuniti sahaja. Kaedah bayaran ini tiada kaitan dengan PTPTN. |
| » |
Sila pastikan jenis pinjaman yang diperoleh oleh
para pelajar sebelum membuat bayaran kerana kesilapan
maklumat pada borang pembayaran akan menyebabkan
bayaran tersebut dimasukkan ke akaun yang salah. |
| » |
KPT tidak akan bertanggungjawab sekiranya
pelajar tidak melengkapkan maklumat yang
dikehendaki secara sengaja ataupun tidak sengaja
kerana ketiadaan maklumat tersebut akan melambatkan
proses penerimaan bayaran.
|
| » |
Para pelajar dinasihatkan untuk membuat semakan
bayaran di laman web KPT untuk mengetahui baki
pinjaman yang terkini (Sistem Semakan Penyata Biasiswa
/ Pinjaman KPT).
|
| » |
Hanya pembayaran melalui wang pos / kiriman wang /
bank draf / cek sahaja yang akan menerima resit
melalui pos. Dinasihatkan supaya para pelajar
mengemaskini alamat surat menyurat untuk memudahkan
penghantaran resit.
|
| RESIT PEMBAYARAN |
Pelajar yang telah membuat bayaran melalui wang pos,
kiriman wang, cek, bank draf dan bayaran tunai di
kaunter Bahagian Biasiswa sahaja yang akan diberikan
resit rasmi. Manakala pelajar yang memilih kaedah
bayaran secara potongan gaji, tunai di kaunter BIMB dan
perbankan internet di BIMB tidak akan menerima
resit rasmi dari KPT dan memadai slip bayaran sebagai
bukti pembayaran. Semakan bayaran boleh dibuat melalui
”Sistem Semakan Penyata Biasiswa / Pinjaman KPT” di
laman web utama KPT. |
Sistem semakan tersebut akan dikemaskini setiap hari
Selasa dan Khamis. Jika pelajar mendapati maklumat
bayaran tidak dikemaskini dalam sistem tersebut, sila
hubungi Unit Penguatkuasaan untuk tindakan susulan. |
GANTIRUGI PINJAMAN (TEMPOH 60
HARI) |
Bagi pelajar yang tidak menamatkan pengajian atau
berhenti dikehendaki membuat bayaran gantirugi pinjaman
secara sekaligus (lump sum) dalam tempoh 60
hari dari tarikh surat tuntutan. Walau bagaimanapun,
permohonan untuk membuat bayaran secara ansuran boleh
dipertimbangkan dengan mengemukakan alasan yang kukuh.
Permohonan tersebut perlu disertakan bersama salinan
slip gaji (bagi yang sudah bekerja) dan bagi pelajar
yang tidak mempunyai slip gaji perlu menyatakan gaji
yang diterima dalam surat permohonan tersebut dan
dialamatkan ke:- |
| |
Bahagian
Biasiswa,
Kementerian Pengajian
Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara
PjH, Presint 2,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan,
62100
PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan
Kutipan Balik)
|
| BAYARAN SECARA ANSURAN |
Pelajar yang tamat pengajian perlu membuat bayaran
mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan. Sekiranya
pelajar gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh yang
ditetapkan, tempoh bayaran tidak akan dilanjutkan. Surat
Peringatan akan dikeluarkan sekiranya tidak menerima
apa-apa bayaran dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh
surat tuntutan. |
| PENANGGUHAN BAYARAN BALIK
PINJAMAN |
| Penangguhan bayaran balik pinjaman Tabung Pinjaman
Pelajaran (TPP) akan dipertimbangkan berdasarkan
situasi-situasi seperti yang berikut: |
| » |
Pelajar tamat pengajian di peringkat sijil
dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi (diploma/ijazah pertama);atau |
| » |
Menerima surat tuntutan walaupun masih
belum menamatkan pengajian. Peminjam dikehendaki
mendapatkan surat pengesahan dari pusat pengajian yang
mengesahkan status peminjam yang masih belum tamat
pengajian; atau |
| » |
Pelajar sakit dan tidak berupaya mencari
pekerjaan dalam tempoh tertentu. Tempoh penangguhan
adalah berdasarkan laporan perubatan dan sijil sakit
yang dikeluarkan hospital;atau |
| » |
Pelajar yang tidak menyempurnakan
pengajian di peringkat sijil untuk menyambung
pengajian di peringkat yang lebih tinggi
(diploma/ijazah pertama);dan |
| » |
Menyertakan surat tawaran sambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
(diploma/ijazah pertama) yang telah
disahkan;dan |
| » |
Menyertakan kad matrik (diploma/ijazah
pertama) yang telah disahkan;atau |
| » |
Surat pengesahan dari pihak institusi
pengajian (diploma/ijazah pertama) yang mengesahkan
pelajar tersebut adalah pelajar di institusi tersebut.
Surat tersebut perlu menyatakan peringkat pengajian,
tempoh pengajian dan nombor telefon pegawai
berkenaan. |
| Sila isikan Borang Permohonan
Penangguhan ini beserta dokumen yang lengkap
dan kembalikan ke alamat seperti di dalam borang
tersebut. |
| Permohonan penangguhan atas sebab-sebab selain
daripada di atas akan ditolak secara automatik. Contoh
alasan penangguhan yang tidak akan dipertimbangkan
adalah seperti berikut:- |
| » |
Peminjam menyambung pengajian di peringkat yang
sama (sijil) walaupun di institusi yang berlainan.
Peminjam hanya dibenarkan membuat permohonan rayuan
bayaran secara ansuran. |
| » |
Peminjam masih belum memperolehi pekerjaan atau
seumpamanya |
| SYARAT KELULUSAN PENANGGUHAN |
| » |
Pelajar dibenarkan membuat penangguhan bayaran
sepanjang tempoh pengajian tersebut dengan syarat
membayar ansuran pertama sebanyak RM 125.00 atau ansuran
tertunggak (sekiranya belum memulakan bayaran) dari
tarikh mula bayar seperti di dalam surat tuntutan
sehingga tarikh pendaftaran pengajian yang baru. |
| » |
Walau apapun situasi yang dihadapi pelajar,
penangguhan bayaran balik pinjaman TIDAK akan dibenarkan kecuali
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
(diploma / ijazah). Perkara ini dinyatakan dengan jelas
di dalam perjanjian. Pertimbangan hanya boleh diberikan
untuk mengurangkan ansuran bulanan. |
| » |
Borang Kelulusan Penangguhan pula
hanya perlu diisi dan dihantar ke bahagian ini setelah pelajar menerima surat arahan
pembayaran tunggakan / ansuran pertama sebagai syarat
kelulusan penangguhan dan telah membuat
bayaran tertunggak / ansuran pertama seperti yang
dituntut. |
| Pegawai Yang Boleh Dihubungi : |
NAMA |
NO TELEFON |
E-MAIL@mohe.gov.my |
PN NUR SHAFRIZA BT
KAMARUDDANIA
Ketua Penolong
Setiausaha (B) E |
03-8884 4612 |
shafriza |
CIK NORHAFIZAH BT.
AHMAT
Penolong Setiausaha (B) E |
03-8884 4670 |
fieza |
CIK EZZAWIN FAZIERA
BINTI ABDUL RAZAK
Penolong Pegawai
Tadbir (B) E1 |
03-8884 4708 |
ezzawin |
ENCIK MUHAMMAD FUAD
STEPHEN BIN YABAN
Penolong Pegawai
Tadbir (B) E2 |
03-8884 4722 |
fuadstep |
CIK ZAKIAH BT.
JAMIL
Pembantu Tadbir (B) E1 |
03-8884 4801 |
zbj |
EN. MOHD KHAIRUL IZWAN
B. MD. YASIN
Pembantu Tadbir (B)
E2 |
03-8884 4800 |
khairul |
|
| |
|