BIASISWA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK SESI 2009/2010

 

 

1.
Kerajaan Brunei menawarkan biasiswa di bawah skim hadiah khas, bermula pada sesi akademik 2009/2010.
2.
Matlamat hadiah biasiswa ini ialah memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Institut Teknologi Brunei (ITB) dan Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkian Nursing College (PAPRSBCN).
3.
Setiap biasiswa adalah untuk sama ada program satu atau dua tahun untuk Ijazah Sarjana atau program empat tahun untuk Ijazah Sarjana Muda di UBD dan UNISSA, program dua setengah tahun untuk Diploma Kebangsaan Tinggi (HND) di ITB atau program tiga setengah tahun untuk Diploma Kejururawatan di PAPRSBCN.
4.
Hadiah biasiswa ini tertakluk kepada penerima menunjukkan tingkah laku memuaskan dan kemajuan memuaskan dalam perkembangan pengajiannya ketika tempoh program.
5.
Hadiah biasiswa ini termasuk yuran pengajian untuk tempoh hadiah, elaun buku tahunan sebanyak B$600.00, elaun peribadi bulanan B$500.00, elaun bagasi maksimum B$250.00 untuk wilayah ASEAN dan B$500.00 untuk wilayah bukan ASEAN dan tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan pulang dari Brunei Darussalam untuk tempoh pengajian.
6.
Semua permohonan mesti sampai di bahagian Misi Diplomatik Brunei Darussalam pada 28 Februari 2009.  Oleh itu, borang permohonan harus diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 15 Februari 2009.  Sila hantar permohonan anda kepada:-
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 2
62100 PUTRAJAYA
(u.p. Cik Norkamilah Bt Zanial)
7. APertanyaan boleh dibuat melalui alamat e-mel berikut: tad.scholarship@mfa.gov.bn

Muat turun (Terdapat Dalam Bahasa Inggeris Sahaja):

» Borang Permohonan Biasiswa
» Syarat Anugerah
» Senarai Program yang Ditawarkan