KEMAHIRAN INSANIAH

s
Pengenalan

Berdasarkan Falsafah Pendidkan Negara, matlamat utama pendidikan Negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Sehubungan itu, Pembangunan Sahsiah Pelajar merupakan satu misi bagi membangunkan sahsiah pelajar IPT yang meliputi pelajar IPTA, IPTS, pelajar antarabangsa di Malaysia dan pelajar Malaysia di luar negara bagi menghasilkan graduan yang berketerampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan sumber tenaga manusia negara yang mempunyai personaliti menjulang (towering personality) dan holistik.

Program ini juga bertujuan menggalakkan pelajar IPT bagi melibatkan diri dalam program berbentuk:

»
Patriotisma dan kepimpinan
»
Keusahawanan sosial (social entrepreneur)
»
Perpaduan (intergrasi)
»
Pengantarabangsaan (bukan berbentuk lawatan luar negara)
»
Kebajikan dan kesukarelawan
»
Kebudayaan nasional

Bagi memastikan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan khas sebanyak RM10 juga bagi melaksanakan program pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar bermula 2008 berdasarkan asas-asas pertimbangan berikut:

»

Bagi menyahut cabaran Misi Nasional dalam RMK9 bagi pembangunan modal insan iaitu ‘peningkatan keupayaan ilmu pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama’. Oleh itu, pelajar-pelajar IPT perlulah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran ke arah mencapai Wawasan 2020

»

Merupakan sumber pemberian kepada universiti khusus untuk menjalankan aktiviti pelajar

»

Merupakan strategi bagi meningkatkan daya kekuatan EQ, IQ dan SQ serta pemantapan kualiti dan kredibiliti pelajar Malaysia di IPT dalam dan luar negara dalam aspek kepimpinan dan komunikasi

Kesinambungan daripada itu, peruntukan tersebut telah dicadangkan supaya dikawal oleh jawatankuasa khas yang diwujudkan oleh Ketua Setiausaha sebagai pegawai pengawal KPT yang dinamakan Jawatankuasa Peruntukan Khas Pembangunan Sahsiah Pelajar KPT dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPT yang akan bersidang sebanyak sekali sebulan.

Bertindak sebagai kawalan, garis panduan juga telah dibuat dengan hanya menimbangkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

»

Aktiviti yang menekankan kepada elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta hasil pembelajaran (learning outcome) seperti yang telah digariskan di dalam Modul Kemahiran Insaniah

»

Melibatkan elemen scorecard Pelan Strategik Pengajian Tinggi (PSPTN) berdasarkan berikut :

  1. Teras 2 – Menambahbaik Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran
  2. Teras 5 – Mempergiat Pengantarabangsaan
  3. Teras 7 – Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.
»

Aktiviti yang dianjurkan (kecuali aktiviti sukan) oleh persatuan pelajar yang disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

»

Aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar di luar negara yang disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia atau Kedutaan di luar negara

»

Aktiviti yang dianjurkan oleh IPT yang akan dirasmikan oleh Kumpulan Pentadbiran dan Pengurusan Atasan KPT

»

Aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak yang melibatkan pelajar IPT sebagai peserta yang dipersetujui oleh Y. B. Menteri Pengajian Tinggi

»

Program yang dirancang oleh Y. B. Menteri Pengajian Tinggi yang melibatkan pelajar IPT atau persatuan pelajar Malaysia di luar negara

»

Bantuan atau sumbangan kepada pelajar-pelajar IPT, pelajar Malaysia di luar negara yang ditimpa bencana, musibah atau kesusahan yang teruk yang diperakukan oleh institusi berkaitan