PERTANDINGAN ROBOCON PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA 2011
w w Muat Turun Adobe reader
 
PERTANDINGAN ROBOCON PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
 
  1. Maklumat program :
    Tarikh         :        13 hingga 18 Jun 2011
    Tempat       :        Stadium Tertutup Nilai
                                Negeri Sembilan
  2. Pertandingan terbuka kepada semua :

              i.        IPTA dan IPTS
              ii.       Politeknik
              iii.      Kolej Komuniti

  3. Lanjutan tarikh tutup penyertaan kepada 29 APRIL 2011
  4. Syarat penyertaan –terhad kepada 64 penyertaan terawal

  5. Yuran Penyertaan – RM 500.00 setiap pasukan dibayar dalam bentuk kiriman wang, kiriman pos dan cek atas nama “SIRIM Berhad”
  6. Syarat dan terma pertandingan sila rujuk ke laman web :
    http://www.robofest.org.my/index.asp
  7. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan teknikal pertandingan sila email kepada : robocon@sirim.my
  8. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan sila hubungi :
              Pn. Massuhana binti Mohamed      - 03-88835877
              Cik. Siti Nurshuhanan binti Ibrahim - 03-88835879
  9. Sila klik disini untuk borang penyertaan



 
PERTANDINGAN ROBOCON PERINGKAT ANTARABANGSA 2011
 
1. Latarbelakang

ABU Asia Pacific Robot Contest (ABU ROBOCON) ialah acara pertandingan robot tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2002 dan terbuka kepada pelajar-pelajar universiti, kolej dan politeknik di rantau Asia Pasifik.  Tujuan pertandingan ini ialah untuk memupuk semangat setiakawan dikalangan belia yang mempunyai kecenderungan yang sama, serta membantu memajukan kejuruteraan dan teknologi di rantau ini.

Pada tahun 2011, pertandingan ROBOCON peringkat antrabangsa akan di adakan di Impact Arena Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand, pada 26 hingga 28 Ogos 2011 dengan tema pertandingan Loy Krathong, Lighting Happiness with Friendship.


Pada setiap tahun, Malaysia telah menghantar pasukan ke pertandingan peringkat antarabangsa di mana pasukan yang dipilih mewakili negara adalah juara pertandingan ROBOCON peringkat kebangsaan. Bagi pertandingan ROBOCON 2011, pihak Jawatankuasa Induk Pertandingan ROBOCON Kebangsaan telah memutuskan agar tema Robocon peringkat Kebangsaan tidak mengikut tema yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa. Ini mengambilkira sensitivi umat Islam dan maklumbalas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui surat bertarikh 4 November 2010 (Nombor Rujukan: JAKIM/(3.00)/535/13 Jld.3).


Berdasarkan keputusan di atas, Jawatankuasa Induk Pertandingan ROBOCON Kebangsaan 2011 telah memutuskan bahawa proses bagi pemilihan pasukan yang akan mewakili Malaysia di ABU ROBOCON 2011 Bangkok adalah melalui proses bidaan, berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Bahagian 3.

 

2.Objektif


Tujuan tawaran bidaan ini ialah untuk mempelawa pasukan-pasukan yang layak mewakili Malaysia di pertandingan ABU ROBOCON 2011 Bangkok, mengikut syarat-syarat yang ditentukan untuk menghantar bidaan.

 

3. Syarat-Syarat Tawaran

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pasukan yang menghantar bidaan:

    1. Semua peserta dan pegawai adalah BUKAN beragama Islam (Surat JAKIM bertarikh 4 November 2011 dirujuk);
    2. Pasukan hendaklah dari institusi yang pernah layak ke perlawanan akhir ROBOCON Peringkat Kebangsaan pada tahun-tahun sebelum ini;
    3. Institusi yang berjaya dalam bidaan ini diwajibkan menghantar pasukan untuk menyertai ROBOCON 2011 Peringkat Kebangsaan;
    4. Setiap pasukan hendaklah terdiri sekurangnya daripada tiga (3) orang pelajar dan satu (1) orang pengajar/jurulatih/pengawas dari institusi yang sama;
    5. Permohonan bidaan hendaklah dalam format kertaskerja yang memberi penerangan jelas mengenai;
        1. Nama ahli-ahli pasukan dan penyelia yang memenuhi syarat 3a – 3d;
        2. Perincian kebolehan teknikal yang ada pada pasukan;
        3. Kebolehan untuk mengadakan demo kepada jawatankuasa pemilihan sekira diminta;

4. Tarikh Tutup
Tarikh tutup untuk menghantar bidaan ini ialah pada 11 April  2011. Semua bidaan hendaklah dihantar kepada

Secretariat Technical Committee

Robocon 2011,
 
SIRIM BERHAD,
Advanced Automation and RFID Centre,
Lot 5285,
Off Lebuhraya Puchong - Sg Besi,
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
 
No. Tel : 03-8992 6006
No. Faks : 03-8992 6194

5. Keputusan panel pemilih adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan.