SKIM GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI (ERGS)

w w

       Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan
budaya penyelidikan.Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) ini dapat menggalakkan penyelidikan
awal serta menggalakkan penerokaan ilmu yang boleh memberi sumbangan kepada peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Oleh itu, sejajar dengan Teras Ketiga PSPTN iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, di bawah RMKe-10 peruntukan untuk dana penyelidikan telah ditingkatkan kepada RM741 juta bagi tahun 2011 dan 2012. Peruntukan ini bertujuan untuk membiayai lima (5) program penyelidikan yang mana salah satu program penyelidikan tersebut adalah Skim Geran Eksploratori (ERGS).

       Skim Geran Eksploratori  merupakan satu geran penyelidikan yang baru yang ditawarkan kepada penyelidik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak KPT berharap dengan adanya geran penyelidikan ERGS ini akan menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk perluasan sempadan  ilmu. Penyelidikan Eksploratori lebih menumpukan kepada penyelidikan yang boleh menjawab soalan/ menyelesaikan masalah ”apa” dan ”di mana”.

            Penyelidikan Eksploratori merupakan penyelidikan yang mempunyai salah satu daripada ciri-ciri seperti berikut:

  • Kajian awal ke atas idea baru dan belum diuji. (Preliminary work on untested and novel ideas )
  •  Meneroka idea penyelidikan baru yang berpotensi ke arah penjanaan transformasi (Ventures into emerging and potentially transformative research ideas)
  •  Aplikasi kepakaran baru atau pendekatan baru kepada tajuk penyelidikan yang mapan (Application of new expertise or new approaches to ”established” research topic. )
  •  Kajian yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan atau peralatan masalah yang mendesak dan amat diperlukan seperti bencana alam, antropogenik atau kejadian yang tidak diduga (Having severe urgency with regards to availability of, or access to data, facilities or specialised equipment, including quick-response research on natural or anthropogenic disasters and similar unanticipated events)
  •  Kajian yang boleh mencetuskan penemuan segera dan inovatif (Efforts of similar character likely to catalyse rapid and innovative advances.)

            Pembiayaan geran ERGS meliputi bidang-bidang asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang dikenalpasti adalah:-

  1. Sains Tulen  dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
  7. Pertahanan dan Keselamatan (Defence and Security)

            Melalui projek-projek penyelidikan yang akan dijalankan, bilangan modal insan dan juga bilangan penemuan penyelidikan akan dapat ditingkatkan, ini seterusnya  akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dalam penyelidikan.