MALIM SARJANA
w w
   
Direktori Kepakaran IPTA merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan maklumat biodata, kepakaran dan maklumat penyelidikan & inovasi ahli akademik di semua IPTA. Ia boleh dicapai melalui alamat www.mohe.gov.my/malimsarjana. Direktori ini mempunyai kemudahan capaian berdasarkan bidang kepakaran dan pencapaian umum seseorang penyelidik.:-
   

Melalui Direktori ini, para pengguna boleh mencari pelbagai maklumat seperti :-

» Mencari pakar dalam sesuatu bidang
» Mengenal pasti kekuatan/kelemahan dalam bidang strategik
» Menilai sumbangan pakar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
» Mengenal pasti niche IPTA berdasarkan kepakaran
   

» Produk Yang Berpotensi Untuk Dikomersilkan

Maklumat yang boleh diperoleh mengenai produk-produk yang berpotensi untuk dikomersilkan adalah seperti berikut:-

    1. Nama universiti dan penyelidik yang terlibat
    2. Pengelasan produk
    3. Status pembangunan
    4. Potensi produk untuk pemasaran
    5. Potensi produk untuk kegunaan
   
Terdapat lima belas(15) komponen dalam direktori ini iaitu Maklumat Asas Peribadi, Kelayakan Akademik, Kelayakan Profesional, Pengalaman Kerjaya, Bidang Kepakaran, Maklumat Penyelidikan, Maklumat Pakar Rundingan, Keahlian Badan Profesional, Sumbangan Kebangsaan dan Antarabangsa, Anugerah dan Penghargaan, Penerbitan Penting, Jemputan Pembentangan Kertas Ucaptama, Hak Harta Intelek, Penyeliaan Pelajar Pasca Siswazah serta Jangkauan dan Rangkaian. Maklumat penting ini menjadi asas kepada semua pencirian yang diperlukan untuk mengenalpasti pakar dan sumbangan mereka dalam pembangunan ilmu dan pemindahan teknologi
   
Adalah diharapkan melalui direktori ini ia dapat memberi sumbangan kepada pembangunan modal insan serta kemajuan penyelidikan & inovasi negara. Maklumat yang terkandung bukan hanya boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan industri tempatan sahaja, bahkan juga di peringkat antarabangsa.
   

Klik di sini untuk ke laman Malim Sarjana