BAHAGIAN PEMASARAN PENDIDIKAN
 
w w
  Nama Bahagian : Bahagian Education Malaysia
Ketua Bahagian : Dr. Syed Alwee Bin Shekh AlSagoff
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 W.P. Putrajaya.
No. Tel            : 03-8870 6000
No. Faks         : 03-8870 6853
  FUNGSI
 
  • Merancang, mengurus dan menilai keberkesanan aktiviti pemasaran pengajian tinggi di dalam negeri dan luar negara serta penyediaan dan pengedaran bahan pemasaran dalam pelbagai bentuk.
  • Mengurus Pusat Sumber dan sistem maklumat pemasaran pengajian tinggi negara.
  • Merancang dan mengurus aktiviti Pengiktirafan negara luar terhadap program pengajian yang dikendalikan di institusi pendidikan tinggi dan aktiviti misi fact-finding untuk pasaran baru.
  • Mengurus  permohonan IPTS yang mendapat kelulusan Jabatan Hasil Dalam Negeri bagi tujuan Tuntutan Potongan Penggalakan Eksport Pendidikan Tinggi (Double Deducation Incentive-DDI).
  • Mengurus dan menyelaras pengoperasian Pejabat Promosi Pendidikan Tinggi  di luar negara.
  • Mengurus permohonan pendaftaran agen perekrutan untuk pengambilan pelajar antarabangsa.
  • Mengurus permohonan IPTS untuk mendapatkan kelulusan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan kelulusan  dari Kedutaan China di Malaysia bagi merekrut pelajar China.
  • Mengurus lawatan delegasi luar negara dalam bidang pengajian tinggi ke Jabatan dan IPT.
  • Mengurus penyelarasan antara kementerian, agensi awam dan swasta, Perwakilan Malaysia di luar negara , kedutaan luar negara di Malaysia serta badan-badan tertentu berkaitan dengan  promosi pengajian tinggi Malaysia.
  • Mengurus dan menyelaras kerjasama antara institusi Pendidikan tinggi  Malaysia dan institusi  atau badan antarabangsa dalam bidang akademik.
  • Menyelaras penyertaan IPT dalam program pemasaran  pengajian tinggi negara di dalam negeri dan luar Negara.
  • Mengurusetiakan mesyuarat dengan agensi kerajaan, agensi swasta  dan kedutaan asing di Malaysia yang berkaitan pengantarabangsaan pengajian tinggi.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Biasiswa KPTM dalam mengurus pemilihan IPTS dan calon bagi penganugerahan biasiswa Kuala Lumpur Plan Awards dan lain-lain biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badan antarabangsa untuk pelajar IPT.
  • Menyelaras dan memantau program pertukaran pelajar dan pensyarah  antara IPT tempatan dan antarabangsa.
  • Mengkaji dan mengurus penubuhan kursi-kursi akademik di universiti luar Negara, perlantikan penyandang kursi, keperluan pembiayaan dan mengurus mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Kursi-kursi tersebut.
  • Menyelaras dan mengurus penglibatan Jabatan dan IPT dalam badan-badan antarabangsa contohnya seperti SEAMEO-RIHED, UNESCO, ISESCO dan AUN.
  • Mengkaji dan menyelaras penubuhan institut pengajian antarabangsa di Malaysia seperti penubuhan Institute of Global Health, UnitedNationsUniversity di UKM.
  • Menyediakan input dan maklumbalas untuk tujuan perundingan dalam bidang pengajian tinggi di peringkat antarabangsa seperti Joint Working Group, WTO dan GATS.
  • Mengurus dan menyelaras permohonan IPTA untuk mengadakan perjanjian kerjasama antarabangsa serta permohonan untuk mengajurkan persidangan/ forum/ seminar antarabangsa.
   
  CARTA ORGANISASI
  Sila klik Carta Bahagian Pemasaran dan Pendidikan Antarabangsa