|
| |
|
» |
Menggubal, melaksana, memantau dan menilai dasar-dasar, program dan aktiviti IPT ke arah kecemerlangan pengajian tinggi. |
» |
Membangun sistem pengurusan IPT yang cekap dan inovatif. |
» |
Merancang dan memastikan penubuhan IPT dan keperluan prasarana pengajian tinggi yang kondusif dan berkualiti setanding dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa. |
» |
Merancang dan menyelaras penubuhan pusat-pusat kecemerlangan di IPT. |
» |
Membangunkan tenaga akademik IPT yang memiliki kesarjanaan yang tinggi dan kepakaran ikhtisas dalam bidang masing-masing. |
» |
Mengkaji, menggubal, mengemaskini dan menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan pengajian tinggi. |
» |
Merancang dan menyelaras dasar bagi memacu budaya penyelidikan ke arah memperkasakan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan melalui jaringan kerjasama antara IPT, industri dan kerajaan. |
» |
Membangun, memantau dan mengawal selia program akademik di IPT bagi memenuhi kehendak pasaran kerja dan pengiktirafan antarabangsa. |
» |
Menggubal, menyelaras dan melaksanakan dasar kemasukan pelajar tempatan dan antarabangsa ke IPT. |
» |
Menggubal dan menyelaras dasar serta merancang strategi pembangunan sahsiah dan kebajikan pelajar Malaysia di IPT dalam dan luar negara bagi melahirkan siswazah yang holistik sejajar dengan aspirasi negara. |
» |
Merancang, menggalak dan menyelaras aktiviti pengantarabangsaan pengajian tinggi negara melalui pelbagai pendekatan strategik. |
» |
Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti pemasaran pendidikan tinggi dalam dan luar negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. |
| |
|