PIAGAM PELANGGAN
   

»

Menyediakan perakuan dasar, hala tuju dan perancangan baru IPTA untuk dikemukakan ke Majlis Pendidikan Tinggi Negara pada setiap bulan Mac, Jun, September dan Disember.

»
Menilai dan memproses cadangan program-program akademik dan penubuhan jabatan/fakulti/kampus cawangan/institut dari IPTA dan memaklumkan kepada pelanggan dalam 3 bulan selepas diterima.
»
Menguruskan pelantikan pegawai-pegawai utama IPTA dari kalangan mereka yang mempunyai daya kepimpinan dan wawasan yang boleh menjamin pencapaian kecemerlangan IPTA dan memaklumkan kepada pelanggan dalam 1 bulan.
»
Menyediakan dan membekalkan maklumat-maklumat yang tepat dan terkini mengenai pendidikan tinggi dalam 1 minggu selepas diterima dari pelanggan.
»

Menyediakan Kertas Jemaah Menteri yang berkaitan dengan pendidikan tinggi dalam masa 1 bulan.

»

Menyediakan maklum balas bagi Kertas Jemaah Menteri yang telah diluluskan dalam tempoh 2 minggu selepas diterima.

»

Memproses rayuan tatatertib pelajar untuk kelulusan Lembaga Rayuan Tatatertib dalam tempoh 3 minggu selepas diterima.

»

Mengurus pemilihan dan penempatan pegawai ke Jabatan Penuntut Malaysia di luar negeri, bagi tempoh 6 bulan.

»

Memproses dan membuat perakuan mengenai skop projek pembangunan IPTA atau perubahan kepada skop projek pembangunan IPTA kepada UPE dalam masa 3 minggu permohonan diterima.  

»

Memproses anggaran peruntukan mengurus IPTA tidak lewat daripada minggu pertama bulan April setiap tahun.

»

Mengagihkan peruntukan sukuan mengurus IPTA tidak lewat daripada bulan Januari, April, Julai dan Oktober setiap tahun.

»

Memproses dan membuat perakuan mengenai permohonan penghantaran tenaga akademik ke luar negeri untuk pertimbangan Kementerian Kewangan dalam masa 2 minggu maklumat lengkap diterima.

»

Memproses dan mengeluarkan agihan peruntukan pembangunan kepada IPTA dalam masa 2 minggu permohonan lengkap diterima.

»

Memastikan tempoh penyelesaian setiap urusan di kaunter kurang dari 15 minit.

 

Menyediakan perkhidmatan pengurusan pengambilan pelajar-pelajar memasuki IPTA setiap tahun bagi tempoh-tempoh seperti berikut:-

    »Peringkat Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik Jun

    »Peringkat Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik Jun dan

    »Program Sarjana Perubatan Sesi Akademik Jun