-
Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.
-
Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
-
Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.
-
Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
-
Memastikan 200 ribu pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di IPT di peringkat Diploma, Ijazah dan lepasan Ijazah menjelang 2020.
-
Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.
-
Merumus dan mewujudkan dasar, sistem kawal selia dan perkhidmatan yang membantu pembangunan pendidikan tinggi yang mantap dan berkualiti selaras dengan dasar pendidikan tinggi dan wawasan negara.
-
Mensasarkan sekurang–kurangnya 40% kohort umur 17 – 23 mengikuti pengajian di peringkat pengajian tinggi.
-
Memastikan program pembangunan pelajar melahirkan insan yang unggul, seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.