PUSAT INFORMASI - WARTA KERAJAAN - P.U. (A) 535
AKTA LEMBAGA AKREDITASI NEGARA 1996
PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA AKREDITASI NEGARA
(PENGAKREDITAN SIJIL, DIPLOMA DAN IJAZAH) 1997
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 56 Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996, Lembaga dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut:
- Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peratura-Peraturan Lembaga Akreditasi Negara (Pengakreditan Sijil, Diploma dan Ijazah) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
- Dalam Peraturan-Peraturan ini, “perakuan akreditasi” ertinya suatu perakuan yang diberikan di bawah perenggan 39(1) (a) dan (b) Akta.
- (1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perakuan akreditasi hendaklah dibuat:
- dalam hal sijil, sebelum kursus pengajian di peringkat sijil dimulakan; dalam hal diploma, dalam tempoh satu tahun selepas kursus pengajian di peringkat diploma dimulakan; dan
- dalam hal diploma, dalam tempoh satu tahun selepas kursus pengajian di peringkat diploma dimulakan; dan
- dalam hal ijazah, dalam tempoh dua tahun selepas kursus pengajian diperingkat ijazah dimulakan.
(2) Permohonan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
(3) Fee yang kena dibayar bagi permohonan ini ialah fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
- (1) Perakuan akreditasi hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.
(2) Fee yang kena dibayar bagi permohonan itu ialah fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
- (1) Sesuatu perakuan akreditasi bagi ijazah hendaklah sah bagi tempoh lima tahun dan bagi tempoh diploma dan sijil bagi tempoh tiga tahun dan selepas itu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah membuat permohonan bagi perakuan akreditasi yang baru.
(2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum habis tempoh.
- (1) Sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta yang kepadanya satu perakuan akreditasi telah diberikan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud penilaian semula tahunan sijil, diploma dan ijazah di bawah seksyen 42 Akta.
(2) Fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat kena bayar bagi penilaian semula tahunan itu.
- (1) Jika sesuatu perakuan akreditasi telah hilang, rosak atau musnah, institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah melaporkan atau menyebabkan dilaporkan hakikat itu kepada Lembaga.
(2) Laporan itu hendaklah disertai dengan:
- permohonan bagi perakuan gantian dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga; fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat; dan
- fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat; dan
- apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Lembaga.
(3) Jika Lembaga berpuas hati bahawa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan itu tidak disengajakan, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan akreditasi yang baru bagi menggantikan perakuan yang telah hilang, rosak atau musnah itu.
- (1) Suatu daftar bagi semua perakuan yang diberikan di bawah Akta hendaklah disimpan di ibu pejabat Lembaga.
(2) Mana-mana orang boleh membuat carian atau membuat cabutan mengenai apa-apa butir daripada daftar setelah dibayar fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
|