KEBAJIKAN PELAJAR LUAR NEGARA |
|||
|
|||
Soalan Lazim berkenaan Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Negara Jabatan Pengajian Tinggi. |
|||
| 1. | Bilakah Sijil Sokongan Luar Negara diperkenalkan? | ||
Sejak 2002. |
|||
| 2. | Apakah Sijil Sokongan Luar Negara? |
||
SSLN merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursuskursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. |
|||
| 3. | Bagaimanakah cara memohon SSLN? |
||
a. Perlu mengenal pasti terlebih dahulu pencapaian akademik yang diperoleh sama ada memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti luar negara dan memohon secara bertulis untuk mendapatkan SSLN daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Tinggi. |
|||
b. Jika memenuhi syarat kelayakan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan tempat pengajian di IPT luar negara. |
|||
c. Setelah memperoleh tempat pengajian, permohonan untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara daripada |
|||
|
|||
Borang- borang yang perlu diisi adalah seperti berikut: |
|||
|
|||
| Dokumen - dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan: | |||
|
|||
SSLN akan dikeluarkan oleh KPT jika semua syarat dipenuhi. Semua salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran, sijil peperiksaan, surat beranak, kad pengenalan, surat akuan bank dan lainlain yang berkaitan hendaklah disahkan oleh sama ada Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar, penggawa/penghulu/ketua |
|||
| 4. | Adakah SSLN dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan mendapatkan biasiswa atau pinjaman kewangan untuk pembiayaan pembelajaran? | ||
| Tidak. SSLN berperanan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan visa | |||
| 5. | Apakah tujuan sebenar syarat kelayakan minimum dikuatkuasakan? | ||
| Bagi menjamin kualiti pendidikan yang dapat membekalkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi meningkatkan produktiviti ke arah negara maju. |
|||
| 6. | Apakah syaratsyarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan SSLN? | ||
| Memenuhi syarat berikut: | |||
a. Memenuhi syarat kelayakan sebenar(bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM. |
|||
| 7. | Adakah SSLN diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke semua negara luar. |
||
Ya |
|||
| 8. | Adakah SSLN dikeluarkan kepada pemohon yang telah mengikuti pengajian perubatan dan pergigian di IPT luar negara sebelum penetapan syarat kelayakan minimum oleh KPM? |
||
| Ya. SSLN akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah mendaftar di IPT luar negara untuk mengikuti pengajian bagi sesi pengajian. |
|||
| 9. | SSLN tidak semestinya diperoleh oleh pemohon walaupun mempunyai surat tawaran pengajian daripada IPT luar. Adakah mungkin begitu? |
||
Ya. Kerana setiap permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia |
|||
| 10. | Bilakah syarat kelayakan minimum mula dikuatkuasakan oleh KPTM ? |
||
| Ia dikuatkuasakan mulai 14 Ogos 2003 dan telah dihebahkan melalui media elektronik dan media cetak oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. | |||
| Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. | |||
| 11. | Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan? | ||
| Lepasan STPM/Setaraf – Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan. | |||
| Lepasan SPM/Setaraf – Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan. | |||
| 12. | Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 diumumkan? | ||
| Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf – Minggu akhir Jun 2008. | |||
| Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf – Minggu pertama Mei 2008. | |||
| 13. | Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf? | ||
| Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA sahaja. | |||
| 14. | Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf? | ||
| Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan | |||
| Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA. | |||
| 15. | Adakah pemohon dibenarkan membuat pertukaran/ pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA? | ||
| Pemohon hanya boleh mengemaskini maklumat sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini,pemohon tidak dibenarkan lagi membuat pengubahsuai maklumat. | |||
| 16. | Apakah sumber kuasa syarat kelayakan minimum dikuatkuasakan oleh KPTM ? | ||
Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Julai 2003 hasil daripada lawatan YAB. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan Malaysia (pada masa itu) ke Ukraine yang mendapati bahawa terdapat ramai pelajar Malaysia yang mempunyai kelayakan yang rendah dalam SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf dan daripada aliran Sastera yang mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan |
|||
| 17. | Apakah kepentingan SSLN kepada graduan program perubatan dan pergigian? | ||
| Graduan yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum tidak akan diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan tidak boleh mengamalkannya untuk perkhidmatan perubatan. |
|||
| 18. | Apakah syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi seorang pelajar untuk mengikuti program perubatan dan pergigian di luar negara di peringkat ijazah pertama ? |
||
| Sekurangkurangnya 3 Prinsipal ‘B bagi tahun 2003 atau berikutnya dalam peperiksaan STPM/kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau PNGK 3.00 untuk Matrikulasi atau Program Asas di peringkat ijazah. |
|||
| 19. | Apakah syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi seorang pelajar untuk mengikuti program pra perubatan dan prapergigian di luar negara? |
||
Sekurangkurangnya 5 Kepujian dengan 4B dalam mata |
|||
| Hebahan/ Pertanyaan | |||
| 20. | Bagaimanakah untuk mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf? | ||
| Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut: | |||
| (i) UPUinfoLINE – 600-83789 (ii) Internet | |||
| (iii) SMS Taip UPU<space><No KP> dan hantar kepada 32300 | |||
| 21. | Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA? | ||
| Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut: | |||
|
|||
| Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mail kami: upu@mohe.gov.my | |||
| Aplikasi Dalam Talian | |||
| 22. | Adakah kata laluan perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan? | ||
| Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan tiga elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Unik ID dan Kata Laluan. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara ‘alphanumeric’ sahaja supaya ianya mudah untuk diingati oleh anda. | |||
| 23. | Sekiranya saya kehilangan Nombor Unik ID setelah membuat permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemas kini atau semakan permohonan? | ||
| Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID semasa permohonan Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh menggunakan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan awal untuk membuat proses kemas kini maklumat permohonan atau semakan permohonan. | |||
| Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada kaunselor Kolej Matrikulasi, Pegawai PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP. | |||
| 24. | Saya membeli Nombor Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN dan apakah ciri-ciri keselamatan yang diterapkan dalam Aplikasi Dalam Talian ini? | ||
| Tiada sebarang kesilapan Nombor Unik ID yang dihasilkan oleh BSN walaupun anda mendapati Nombor Unik ID anda sama dengan rakan anda, dan ini adalah kerana semua penghasilan Nombor Unik ID adalah berdasarkan Nombor Kad Pengenalan. | |||
| Bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID dan Kata Laluan. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza. | |||
| 25. | Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga? | ||
| Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:- | |||
| KH03 - Sarjana Muda Senibina # | |||
| 26. | Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan, Slip Keputusan dan sebagainya kepada IPTA atau BPKP? |
||
Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA atau BPKP walaupun memilih program pengajian yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan dokumen/ sijil asal ketika menghadiri temu duga. |
|||
| 27. | Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat? |
||
| Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem. | |||
| Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda | |||
| 28. | Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima oleh sistem ? | ||
| Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah diterima atau belum dengan memastikan setelah klik butang “Sah & Hantar”, paparan “Selesai” dipaparkan. Selain itu, pemohon juga boleh membuat Semakan Permohonan bagi mengetahui status penerimaan sistem atas maklumat yang telah dihantar. | |||
| 29. | Semasa permohonan Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan semester kedua untuk memperolehi keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/ PASUM, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA? | ||
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama dan setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka berdasarkan keputusan sebenar |
|||
| Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1. | |||
| 30. | Adakah pemohon wajib menduduki ujian MEdSI dan Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan? | ||
Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI. |
|||
| Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai 10 April 2008 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my | |||