SEKTOR PENGURUSAN IPTS

Soalan Lazim berkaitan Institusi Pengajian Swasta, Sektor Pengurusan IPTS

   
1.

Sekiranya seseorang pengendali IPTS ingin membuka cawangan di tempat lain, adakah ia perlu membuat permohonan?

Ya. Beliau perlu membuat permohonan penubuhan sebagai sebuah IPTS baru kerana entitinya adalah berbeza.

2.

Sekiranya seseorang pengendali mempunyai 2 buah IPTS, bolehkah beliau mengendalikan kursus yang telah diluluskan untuk cawangan A di cawangan B?

Tidak boleh. IPTS cawangan B perlu memohon kelulusan pengendalian kursus bagi cawangannya sendiri

3.

Adakah semua kursus yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPS) wajib mendapat akreditasi LAN?

 
Bagi kursuskursus peringkat ijazah adalah diwajibkan mendpaat akreditasi LAN sebelum majlis penganugerahan
ijazah kepada pelajarpelajar berlangsung. Manakala kursus kursus peringkat diploma pula diwajibkan mencapai standard minimum sahaja. Bagaimanapun kursuskursus peingkat diploma ini diberi pilihan untuk mendapatkan akreditasi LAN.
4. Apakah prosedur untuk menubuhkan sebuah IPTS?
 

a.  Perlu mengemukakan kertas kerja cadangan penubuhan IPTS berdasarkan format yang disediakan oleh JPS.
b.  Sekiranya kertas cadangan dipersetujui, pemohon akan dipanggil untuk presentasi.
c.  Pemohon yang layak, boleh mengemukakan permohonan dan pengendalian kursus pengajian.
d.  Pemohon barulah boleh mengemukakan permohonan lengkap sehingga lulus penubuhan.

5.

Apakah prosedur untuk pengusaha IPTS berpindah premis?

 

Pemohon perlu mengisi borang pindah premis dengan bayaran bank draf sebanayak RM50.00 dan mengemukakan
kembali kepada JPS. JPS akan membuat lawatan kesesuaian premis sebelum membuat laporan kelulusan.

6. Apakah kriteria sebagai ketua eksekutif IPTS?

Calon ketua eksekutif mestilah mempunyai kelayakan berikut:

a.  Keutamaan diberi kepada individu yang mempunyai pengalaman dalam pendidikan.
b.  Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah atau tidak pernah diisytiharkan bankrap.
c.  Mempunyai kelayakan akademik yang sesuai.

7.

Bolehkah permohonan pas penggajian bagi tenaga pengajar asing yang telah diluluskan di institusi A dipindahkan untuk mengajar di institusi B?

Ekspatriat berkenaan boleh memohon pas penggajian di institusi B dengan syarat mematuhi syarat Jabatan Imigresen Malaysia iaitu enam bulan "coolingoff period" bermaksud ekspatriat perlu pulang ke negara asal dan kemukakan permohonan dalam tempoh tersebut. Rasionalnya ialah untuk menjaga kepentingan dan peluang pekerjaan di kalangan orang tempatan dan untuk mengelakkan "jobhopping" di kalangan ekspatriat.

8.

Perlukah tenaga pengajar asing perlu memohon permit mengajar?

Ya, semua tenaga pengajar tempatan dan asing perlu mempunyai permit mengajar seperti yang telah diperuntukkan di dalam Akta 555.

9.  

Bolehkah sesuatu kursus pengajian dikendalikan dalam Bahasa Inggeris?

Ya. Kerana setiap permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia), bukannya negara luar.