SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008
JABATAN PENGAJIAN TINGGI (JPT)
w w Muat Turun Adobe reader
PENGENALAN

JPT telah mula melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 pada 1 Jun 2009 dan berjaya memperolehi Persijilan MS ISO 9001:2008 pada 2 Oktober 2009.

Skop persijilan yang diperolehi adalah untuk Pengurusan Pengajian Tinggi. Pencapaian ini adalah berdasarkan komitmen JPT dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi menjadikan IPT sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi bertaraf dunia. Melalui persijilan ini, usaha penambahbaikan berterusan telah dilaksanakan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti JPT bagi merealisasikan visi dan misi Jabatan serta meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan.

Skop persijilan ini merangkumi kesemua 6 proses utama JPT iaitu:

  1. Penggubalan Dasar Institusi Pengajian Tinggi.
  2. Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Pembangunan Kurikulum Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Pengurusan Dana Penyelidikan.
  5. Pengurusan Pemasaran Pengajian Tinggi.
  6. Pengurusan Pembangunan Sahsiah dan Kebajikan Pelajar IPT.

DASAR KUALITI

Kami warga JPT komited menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi menjadikan IPT sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi bertaraf dunia. Untuk ini, kami akan membuat penambahbaikan berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan.

OBJEKTIF KUALITI

  1. Penggubalan Dasar Institusi Pengajian Tinggi. Maklumat Lanjut >>

  2. Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi. Maklumat Lanjut >>

  3. Pembangunan Kurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Maklumat Lanjut >>

  4. Pengurusan Dana Penyelidikan. Maklumat Lanjut >>

  5. Pengurusan Pemasaran Pengajian Tinggi. Maklumat Lanjut >>

  6. Pengurusan Pembangunan Sahsiah dan Kebajikan Pelajar IPT. Maklumat Lanjut >>

  7. Pengurusan Dan Sokongan. Maklumat Lanjut >>

MUAT TURUN