Kategori Anugerah Akademik Negara

Anugerah Akademik Negara ialah anugerah tertinggi tahunan yang merangkumi tujuh (7) kategori utama, iaitu:

  1. Anugerah Tokoh Akademik Negara
  2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
  3. Anugerah Penerbitan Buku
  4. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
  5. Anugerah Seni dan Kreativiti
  6. Anugerah Pengajaran
  7. Anugerah Ahli Akademik Harapan

Sebuah Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh KPT dipertanggungjawabkan untuk menilai pencapaian, kecemerlangan dan kepimpinan akademik calon. Pemenang akan dipilih dalam kalangan ahli akademik yang cemerlang dalam bidang masing-masing berdasarkan sumbangan ilmu dan pengiktirafan akademik yang telah diterima.