Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN

ASAS ANUGERAH

  1. Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkalibar yang tidak melebihi 40 tahun.

  2. Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan keserakanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  3. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

SYARAT PERMOHONAN

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang:

  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun sebelum atau pada 31 Disember 2016.

  2. Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.

  3. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.

  4. Mempamerkan tujahan bidang kepakaran yang melangkaui zaman.

  5. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).

  6. Mempamerkan wawasan dan hala tuju dalam kerjaya akademiknya.

  7. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini berserta bukti yang sahih dan lengkap untuk menyokong pencapaian.

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima.

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan  daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

  • Hits: 697
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)