Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK

ASAS ANUGERAH

  1. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di IPT di mana harta intelek didaftar di IPT berkenaan. Produk tersebut mestilah dikomersialkan melalui syarikat / enterpris berdaftar, memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara.

  2. Anugerah ini juga dibuka kepada produk penyelidikan yang dijalankan di luar negara dengan syarat dua per tiga atau lebih kerja penyelidikannya dijalankan oleh warganegara Malaysia di Malaysia dan berasaskan pemilikan majoriti harta intelek oleh IPT Malaysia.

  3. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang didaftar sebagai harta intelek.

  4. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza.

SYARAT PERMOHONAN

Produk yang telah dikomersialkan dan menjana pendapatan (jualan kasar) kepada syarikat / enterpris berdaftar. Untuk layak memohon, nilai jualan kasar kumulatif bagi produk berkenaan mestilah sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu).

IPT dan penyelidik mestilah mendapat pulangan hasil daripada pengkomersialan produk berkenaan (royalti, yuran pelesenan, bayaran perundingan). Yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar / pendapatan pengkomersialan.

KRITERIA PENILAIAN

Penilaian PRODUK akan mengambil kira perkara berikut:

  1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna.

  2. Segala urusan pengkomersialan mesti melalui pihak berkuasa IPT.

  3. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian pengkomersialan di antara universiti dan syarikat / enterpris berdaftar.

  4. Pernah menerima anugerah dari dalam dan / atau luar negara.

  5. Telah menjana nilai jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) dalam dan / atau luar negara dan sebahagian daripada pendapatan pengkomersialan tersebut telah disalurkan kepada IPT serta penyelidik.

  6. Produk baru atau produk yang mempunyai nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.

  7. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.

  8. Mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru.

  9. Terdapat usaha ke arah kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

  10. Penerbitan (akademik / majalah / media massa elektronik) berkaitan produk telah dihasilkan.

  11. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan (R&D&C).

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Hadiah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan membahagikannya kepada ahli kumpulan mengikut peratusan sumbangan masing-masing seperti yang tertera di dalam borang permohonan (warganegara Malaysia sahaja).

  • Hits: 358
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)