Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH PENERBITAN BUKU

ASAS ANUGERAH

Anugerah ini diberikan kepada pengarang buku ilmiah karya asli yang bukunya telah menerima anugerah / hadiah buku yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa untuk tahun yang dinilai atau anugerah / hadiahnya diterima pada tahun yang dinilai (2016), dan memperlihatkan impak ilmiah.

TAKRIFAN

Pengarang bermaksud penulis buku berkenaan sama ada secara tunggal atau bersama, dan bukan penyunting, penyusun atau penterjemah. Buku ilmiah bermaksud buku yang ditulis secara sistematik berasaskan fakta dan hasil penyelidikan yang dianalisis secara kritis melalui penghujahan ilmiah, bukan penulisan kreatif yang ditulis berasaskan imaginasi atau penulisan kewartawanan. Karya asli pula ialah karya yang pertama kali diterbitkan, dan bukan cetak ulang, terjemahan atau adaptasi.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Buku yang dikemukakan untuk kategori ini hendaklah telah memenangi anugerah / hadiah penerbitan buku yang diberi oleh mana-mana badan berprestij pada peringkat kebangsaan Malaysia atau peringkat kebangsaan di negara lain, atau di peringkat antarabangsa untuk tahun yang dinilai atau anugerah / hadiahnya diterima pada tahun yang dinilai (2016). Anugerah tersebut mestilah telah dilaksanakan oleh penganjurnya secara konsisten selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berturut-turut, termasuk untuk tahun yang dinilai (2016).

    Anugerah / hadiah yang dipertimbangkan untuk anugerah penerbitan buku adalah:

    1. Peringkat Kebangsaan
      • Malaysia
        • Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) – (Kategori Buku Ilmiah Terbaik)
        • Hadiah Sastera Perdana Malaysia – (Kategori Kajian Sastera)
        • Hadiah Buku Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)
      • Negara Lain
        • Islamic Book Fair Award (Indonesia)
        • Khatulistiwa Literary Award (Indonesia)
        • USA National Book Awards (USA)
        • British Book Awards (UK)
    2. Peringkat Antarabangsa
      • Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
      • ICAS Book Prize (Belanda)
      • Costa Book Awards (UK; ilmiah kesusasteraan)
      • Guardian First Book Awards (UK; ilmiah)
      • Harry J. Benda Awards (USA)
      • AAS Book Prize (USA)
      • Royal Society Science Book Prize (UK)
      • Sharjah International Book Awards (UAE)
      • Global Ebook Awards (USA)
  2. Buku ini memperlihatkan pertautan idea dari bab ke bab. Ia bukanlah buku suntingan, prosiding, koleksi kertas kerja, himpunan esei, tesis / disertasi (melainkan telah distrukturkan ke bentuk buku), kumpulan syarahan atau laporan penyelidikan / teknikal / perundingan.

  3. Buku ini hendaklah ditulis oleh tidak lebih daripada tiga (3) orang pengarang. Namun, permohonan hendaklah dikemukakan oleh seorang pengarang sebagai wakil dengan persetujuan pengarang bersama. Sekiranya buku ini menang, semua pengarang (yang memenuhi syarat) akan berkongsi anugerah.

  4. Buku ini telah diterbitkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

  5. Selain buku bercetak, buku elektronik juga boleh dipertimbangkan. Format buku elektronik yang boleh diterima ialah PDF, EPUB atau ePUB3.

  6. Buku ini hendaklah diterbitkan oleh penerbit ilmiah yang berwibawa, berprestij dan diiktiraf.

  7. Buku ini perlulah memperlihatkan impak ilmiah yang memberi kesan positif kepada komuniti ilmu atau masyarakat pada amnya.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Buku ini telah memenangi anugerah yang berprestij untuk tahun yang dinilai atau anugerah / hadiahnya diterima pada tahun yang dinilai (2016).

  2. Buku ini diterbitkan menurut amalan penerbitan ilmiah yang piawai.

  3. Buku ini memperlihatkan impak ilmiah.

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Penerbitan Buku ialah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Sekiranya pengarang lebih daripada seorang, maka hadiah wang tunai dan piala akan dikongsi bersama (mekanisme pengagihan adalah tanggungjawab wakil). Semua nama akan tertera pada sijil penghargaan. Seandainya, terdapat pengarang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya. Jika terdapat seorang daripada pengarang meninggal sebelum permohonan, buku tersebut masih boleh dikemukakan dengan syarat wakil perlu mendapat keizinan waris pengarang tersebut. Hanya ahli akademik warganegara Malaysia layak menerima anugerah ini.

  • Hits: 563
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)