Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH PENGAJARAN

ASAS ANUGERAH

Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi yang merangkumi penjanaan dan perkongsian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah, teori dan prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon telah disahkan dalam jawatan sebagai tenaga pengajar sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun di IPT pada 31 Disember 2016.

  2. Pencalonan mestilah dibuat oleh IPT. Hanya seorang pemohon sahaja dibenarkan bagi setiap kelompok.

  3. Seseorang pemohon hanya boleh menerima anugerah ini sekali seumur hidup.

  4. Permohonan yang tidak berjaya pada AAN Ke-10 tidak layak untuk memohon bagi AAN Ke-11.

  5. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan portfolio pengajaran dan butir jaya diri (CV) terkini dan lengkap.

  6. Pemohon hendaklah telah mendapat pengiktirafan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana-mana peringkat IPT.

KRITERIA PENILAIAN

Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan kriteria berikut:

  1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran.

  2. Strategi keseluruhan tentang kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

  3. Kreativiti* dan inovasi** serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

  4. Penilaian dan testimonial pengajaran / penyeliaan.

  5. Penambahbaikan pengajaran / penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional.

  6. Kesarjanaan dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

*Kreativiti ialah penjanaan idea atau teknik atau strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Kreativiti diukur berdasarkan kebaharuan idea dan penggunaan unsur-unsur terbaharu (seperti teknologi / ICT / strategi pengajaran terkini) dalam pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

**Inovasi ialah usaha menambah nilai pengajaran dan pembelajaran serta penilaian bagi kursus-kursus yang diajar. Kejayaan inovasi diukur berdasarkan impaknya terhadap meningkatkan motivasi dan kualiti pembelajaran pelajar.

PROSEDUR PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

Peringkat 1:

Penilaian portfolio

Portfolio WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan pemohon.

    1. Pernyataan falsafah yang jelas dengan kepercayaan dan nilai
    2. Pernyataan teori / model yang mendasari falsafah pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pernyataan strategi perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tentang kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

    Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:

    1. Pengajaran / penyeliaan
    2. Penilaian

    Sertakan bahan bukti/maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:

    • Senarai kursus
    • Rangka kursus dan bilangan pelajar
    • Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
  3. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran (kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian).

    1. Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:

      • falsafah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
      • kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
    2. Terangkan kreativiti dalam inovasi yang dilaksanakan

      1. Ciri inovasi

        • Asli
        • Signifikan
        • Relevan
      2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

      3. Kesejajaran antara kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran.

    3. Impak inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:

      1. Peningkatan pencapaian pelajar
      2. Kualiti hasil kerja pelajar

      Sertakan bukti bagi menyokong bahagian yang berkenaan.

  4. Penilaian dan testimonial pengajaran / penyeliaan

    1. Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran / penyeliaan oleh pelajar

    2. Sertakan testimonial pengajaran/penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:

      • Pelajar
      • Rakan Sejawat
      • Jabatan / Fakulti
      • Universiti
      • Komuniti / Industri
  5. Penambahbaikan pengajaran / penyeliaan dan penilaian serta pembangunan profesional

    1. Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:

      1. Dokumentasi refleksi
      2. Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
      3. Tindakan dan perkongsian
    2. Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

  6. Kesarjanaan dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian

    1. Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran / penyeliaan dan penilaian di pelbagai peringkat (universiti / kebangsaan / antarabangsa) melalui mana-mana yang berikut:

      • Media sosial (termasuk YouTube, blog, Facebook dll)
      • Bengkel / seminar
      • Komuniti pembelajaran (Special Interest Group)
      • Modul pembelajaran / buku teks
      • Penerbitan berwasit
      • Penerbitan digital (contoh e-buku,e-jurnal)
    2. Pengiktirafan (anugerah / jemputan ucap utama / seminar / penceramah jemputan / jurulatih utama / mentor) yang diperolehi.

    3. Kepimpinan (pengerusi / jawatankuasa) dalam komuniti akademik (fakulti / universiti / persatuan akademik kebangsaan / antarabangsa) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

NOTA :

Kandungan portfolio hendaklah disusun mengikut urutan di atas. Portfolio pemohon yang mencapai titik ambang akan maju ke Peringkat 2.

Peringkat 2:

Simulasi Pengajaran dan Temuduga

Simulasi pengajaran dan temuduga akan dijalankan bagi pemohon yang telah disenarai pendek di Peringkat 1.

  1. Simulasi Pengajaran

    Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah 15 minit. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran:

    1. Keberkesanan komunikasi
    2. Kejelasan penyampaian
    3. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar
    4. Keupayaan meyakini dan memotivasikan ‘pelajar’
    5. Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan
    6. Keupayaan menilai pemahaman ‘pelajar’
  2. Temuduga

    Temuduga akan merangkumi perkara berikut:

    1. Falsafah pengajaran dan pembelajaran
    2. Kreativiti dan inovasi serta impaknya terhadap pengajaran dan pembelajaran
    3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
    4. Kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran
    5. Refleksi kendiri terhadap simulasi pengajaran

Keputusan penilaian

Hanya pemohon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di Peringkat 2 bagi setiap kelompok akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.

KELOMPOK ANUGERAH

Enam (6) kelompok Anugerah Pengajaran dan contoh bidang adalah seperti berikut:

Kelompok AnugerahContoh Bidang
Sains Tulen Biologi
Fizik
Kimia
Matematik
Sains Gunaan Sains Industri
Sains Komputer / Teknologi Maklumat
Seni Bina
Teknologi Industri
Teknikal dan Vokasional
Sains Kesihatan Farmasi
Kejururawatan
Kesihatan Bersekutu
Pergigian
Perubatan
Kejuruteraan Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Sastera dan Sains Sosial Antropologi
Bahasa dan Linguistik
Ekonomi
Falsafah
Geografi
Kesusasteraan
Pengajian Etnik
Pengajian Islam
Psikologi
Sains Politik
Sejarah
Seni
Sosiologi
Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan Komunikasi
Pendidikan
Pengurusan
Perakaunan
Perniagaan
Perundangan
Psikologi Industri
Seni

Bidang pengajian yang tidak disenaraikan dalam 'Contoh Bidang' akan dimasukkan dalam kelompok berdasarkan fakulti / pusat pengajian / pusat / institut dimana pemohon mengajar.

Setiap IPT perlu menentukan pemohon terbaik untuk dicalonkan bagi setiap kelompok. Hanya satu pemohon sahaja dibenarkan untuk satu kelompok.

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Pengajaran adalah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) bagi setiap kelompok berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

  • Hits: 576
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)