Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI

ASAS ANUGERAH

  1. Anugerah ini diberikan kepada pemohon yang telah memenangi anugerah dan / atau menerima pengiktirafan (sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan) dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan / atau kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.

  2. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya. Pemohon perlu mengemukakan anugerah dan pengiktirafan yang berlainan dari permohonan sebelumnya.

  3. Bagi Anugerah Seni dan Kreativiti, pemohon mesti menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa sepanjang 3 tahun termasuk tahun yang dinilai.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah seorang ahli akademik yang masih aktif dalam bidang yang diceburi dan telah berkhidmat secara kumulatif di universiti tempatan sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Permohonan mesti dibuat sewaktu berkhidmat di IPT.

  2. Permohonan adalah terbuka kepada pemohon dalam bidang berikut:

    1. Seni Persembahan (sila lihat perincian);
    2. Seni Visual, Seni Bina atau Kraf (sila lihat perincian); dan
    3. Penulisan Kreatif (sila lihat perincian).
  3. Setiap pemohon perlu mengemukakan butir jaya diri (CV).

  4. Setiap pemohon perlu mengemukakan portfolio / cd / dvd / media penyimpanan salinan karya yang dihasilkan pada tahun yang dinilai.

  5. Pemohon perlu mengemukakan salinan dokumen anugerah/pengiktirafan yang diterima beserta maklumat dan latar belakang tentang anugerah tersebut.

  6. Karya yang telah menerima anugerah / pengiktirafan daripada badan berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sepanjang 3 tahun termasuk tahun yang dinilai layak diterima untuk penyertaan.

  7. Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan untuk dipertimbangkan pada tahun yang dinilai.

PERINCIAN BIDANG

Kelompok Seni dan KreativitiBidangKriteria
Seni Persembahan (Moden, Tradisional dan Inovasi Kontemporari)        Teater:
  1. Pengarah
  2. Pelakon
  3. Sinografi (Tari dan drama) - Pencahayaan, latar hias, reka pentas, busana, kesan bunyi, solekan
  4. Skrip
  5. Kritikan Teater
  6. Sumbangan terhadap korpus ilmu
Tari:
  1. Pereka tari (koreografer)
  2. Penari (moden, klasikal dan tradisional)
  3. Kritikan tari
  4. Sumbangan terhadap korpus ilmu
Skrin:
  1. Lakon layar
  2. Lakonan
  3. Pengarahan / Pengurusan
  4. Penataan Seni
  5. Animasi
  6. Sinematografi
  7. Suntingan
  8. Penataan bunyi (kesan bunyi, runut, foley)
  9. Kritikan skrin
  10. Sumbangan terhadap korpus ilmu
Muzik:
  1. Komposisi lagu / lirik
  2. Gubahan skor / penataan muzik (filem, tari, teater, iklan)
  3. Kepemimpinan orkestra/koral
  4. Pereka dan pembuat alat
  5. Persembahan artis ”virtuoso”
  6. Penyanyi moden, klasikal dan tradisional
  7. Kritikan muzik
  8. Sumbangan terhadap korpus ilmu
Terma muzik yang berkenaan:
Komposisi lagu:
  1. Muzik popular
  2. Muzik filem - muzik tema, muzik latar, lagu nyanyian
  3. Muzik eksperimental
  4. Muzik seni (art music)
  5. Muzik tradisional (klasik dan rakyat)
  6. Muzik tarian
  7. Muzik Iklan
  8. Muzik Animasi
  9. Teknologi Muzik
Gubahan skor:
Termasuk semua kategori komposisi dalam pelbagai ensembel dan media.
 
Kepemimpinan Orkestra/Koral (Konduktur):
Pementasan tahap nasional dan antarabangsa.
 
Rekaan dan pembuatan Alat:
Hasil seni tradisional dan moden.
 
Sumbangan terhadap korpus ilmu
Semua peringkat pengajian.
 
Persembahan peringkat ”virtuoso”:
Kemahiran profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Seni Visual, Seni Bina atau Kraf Seni Visual :
  1. Arca
  2. Instalasi (gabungan arca, video, lukisan, bunyi dan/atau montaj)
  3. Animasi
  4. Grafik
  5. Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
  6. Catan
  7. Reka Bentuk
  8. Produk / Industri
  9. Seni cetak
  10. Fotografi
  11. Sumbangan terhadap korpus ilmu
  12. Kurator
  13. Sejarah seni
  14. Kritikan seni visual
Seni Bina / Seni Bina Landskap / Seni Reka Dalaman :
  1. Rekabentuk Seni Bina
  2. Budaya dan Seni Bina
  3. Teknologi dan Seni Bina
  4. Komunikasi Seni Bina
  5. Kritikan Seni Bina
  6. Sejarah Seni Bina
  7. Sumbangan terhadap korpus ilmu
Kraf :
  1. Ukiran
  2. Tekstil (tenunan, batik,tekad, sulaman)
  3. Logam
  4. Anyaman
  5. Seramik
  6. Barang kemas
  7. Sejarah seni kraf
  8. Kritikan seni kraf
  9. Kostum
  10. Sumbangan terhadap korpus ilmu
Penulisan Kreatif Penulisan yang diterbitkan:
  1. Novel
  2. Puisi
  3. Cerpen
  4. Skrip (drama, TV, filem)
  5. Sumbangan terhadap korpus ilmu
  6. Kritikan karya kreatif
  7. Kegunaan teks di sekolah
Penulisan yang dipentaskan / difilemkan:
  1. Adaptasi Karya Kreatif
  2. Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
  3. Lakon Layar diterbitkan

KRITERIA PENILAIAN

  1. Untuk permohonan yang berdasarkan anugerah, senarai anugerah antarabangsa / kebangsaan dalam kategori seni dan kreativiti yang diterima untuk penilaian adalah seperti berikut :

    Anugerah Umum

    • Anugerah Seni Negara

    Seni Persembahan

    • Tokoh Teater
    • Tokoh Tari
    • Tokoh Muzik
    • Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM)
    • KL International Film Festival (FINAS)
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Sri Angkasa
    • Cameronion Arts Award
    • Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    • Erasmus Mundus
    • API Nippon Foundation
    • Dana Industri Kreatif Negara
    • Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Skrin

    • International Film Festival seperti Cannes, Berlin, Venice Festival
    • Best Foreign Film (Academy Awards U.S.A)
    • Asia Pacific Film Festival
    • Anugerah Tokoh Perfileman
    • Anugerah Festival Filem Malaysia
    • Anugerah Skrin
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Indicine
    • Anugerah Malaysian Video Award
    • Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    • Erasmus Mundus
    • API Nippon Foundation
    • Dana Industri Kreatif Negara
    • Multimedia Development Corporation (MDeC)
    • Anugerah Telenovela
    • Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Visual

    • Festival seni antarabangsa seperti Venice Biennale, Documenta, Asia Pacific Triennial of Contemporary Art
    • Bakat Muda Sezaman (BMS)
    • Kuala Lumpur Photography Award (KLPA)
    • Nikon Malaysia Photo Contest
    • National Geographic
    • Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    • Erasmus Mundus
    • API Nippon Foundation
    • Dana Industri Kreatif Negara
    • Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Bina

    • Aga Khan Awards for Architecture
    • Royal Institute of British Architect Award
    • Anugerah Persatuan Arkitek Malaysia
    • Anugerah Jabatan Landskap Negara
    • Mubin Shepard Memorial Prize
    • Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    • Erasmus Mundus
    • API Nippon Foundation
    • Dana Industri Kreatif Negara
    • Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Seni Kraf

    • Piala Seri Endon (Fesyen)
    • Piala Seri Endon (Soft Furnishing)
    • Piala Seri Endon (Kraf)
    • Jarum Emas / Berlian Utusan Melayu
    • Tokoh Kraf Negara
    • Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    • Erasmus Mundus
    • API Nippon Foundation
    • Dana Industri Kreatif Negara
    • Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

    Penulisan Kreatif

    • Anugerah Sastera Negara
    • Hadiah MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara)
    • SEA Write Award (Kerajaan Thailand)
    • Tokoh Penulisan Seni
    • Hadiah Sastera Perdana Malaysia (Kerajaan Malaysia)
    • Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
    • Fukuoka Prize (Arts & Culture)
    • Erasmus Mundus
    • API Nippon Foundation
    • Dana Industri Kreatif Negara
    • Anugerah Telenovela
    • Anugerah-anugerah lain yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  2. Untuk permohonan yang berdasarkan pengiktirafan, senarai pengiktirafan antarabangsa / kebangsaan yang diterima untuk penilaian adalah seperti berikut :

    1. Komisen

      Penilaian berdasarkan nilai dalam bentuk wang

      • RM100,000 ke atas
      • RM50,000 ke atas
      • RM10,000 ke atas

      Glosari: Komisen untuk persembahan, pameran, reka bentuk, gubahan muzik, pengurusan acara dan lain-lain.

    2. Perolehan

      Penilaian berdasarkan perolehan melalui institusi / connoissieur

      • Antarabangsa
      • Kebangsaan dan Korporat
      • Negeri
      • Persendirian

      Glosari : Karya yang dibeli oleh / disumbang kepada galeri seperti di atas.

    3. Penjualan

      Penjualan karya berdasarkan nilai dalam bentuk wang

      • RM50,000 ke atas
      • RM30,000 ke atas
      • RM20,000 ke atas
    4. Tajaan

      Tajaan untuk mengadakan persembahan, pameran, rekaan model, dokumentari dan filem pendek berdasarkan nilai dalam bentuk wang

      • RM100,000 ke atas
      • RM60,000 ke atas
      • RM30,000 ke atas
    5. Kutipan Pecah Panggung (Box Office)

      Berdasarkan kutipan dari tayangan filem / teater

      1. Tayangan Filem
        1. RM5,000,000 ke atas
        2. RM3,000,000 ke atas
        3. RM1,000,000 ke atas
      2. Persembahan Teater
        1. RM300,000 ke atas
        2. RM200,000 ke atas
        3. RM100,000 ke atas
    6. Perundingan

      Berdasarkan peringkat seperti berikut:

      1. Antarabangsa
      2. Kebangsaan
      3. Korporat

      Glosari: Pakar Runding dan Pakar Rujuk untuk persembahan, pameran, rekaan, seni bina, seni visual, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain.

    7. Undangan Berprestij

      Berdasarkan persembahan, pameran, tayangan filem, professor pelawat, kursi professor, perunding, kurator

      1. Antarabangsa
      2. Kebangsaan
      3. Korporat

      Glosari: Undangan sebagai pakar runding, pakar rujuk untuk persembahan, bengkel, syarahan, panel juri, pameran, rekaan, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain.

      Pakar luar akan dirujuk (sekiranya perlu) untuk menilai karya / produk pemohon yang telah disenarai pendek.

      Penilaian adalah berdasarkan sumbangan berterusan pemohon dalam bidangnya.

  3. Penentuan anugerah / pengiktirafan adalah berasaskan kepada kriteria berikut :

    1. Keaslian produk / karya.
    2. Karya / produk yang memberi impak kepada bidang ilmu dan manusia sejagat.
    3. Kredibiliti badan yang memberi anugerah.
    4. Nilai kewangan atas hasil karya/produk.
    5. Pencapaian lain masa lalu dalam bidang berkaitan.
    6. Karya yang mengangkat jati diri bangsa dan martabat negara.
    7. Menghasilkan inovasi dalam produk seni berasaskan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, paten, reka bentuk, teknologi yang memberi impak dan pemikiran baru.
    8. Penjelasan karya dari sudut falsafah dan pemikiran pemohon

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Seni dan Kreativiti bagi setiap kategori adalah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

  • Hits: 385
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)