Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA

ASAS ANUGERAH

  1. Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang terlibat secara menyeluruh dan sentiasa beriltizam dalam menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu yang memberi sumbangan bernilai untuk negara dan dunia.

  2. Sumbangan calon membolehkan IPT mencapai aspirasi sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.

  3. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

SYARAT PERMOHONAN

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.

  2. Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.

  3. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  4. Mendapat anugerah atau pengiktirafan dari badan profesional dan ilmiah bagi sumbangannya dalam jangka waktu 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).

  5. Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang signifikan melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.

  6. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.

JENIS ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK PERMOHONAN ANUGERAH

  1. Anugerah / pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  2. Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

KRITERIA PENILAIAN

Kriteria penilaian merangkumi semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).

NILAI ANUGERAH

Nilai Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah RM200,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu) berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

  • Hits: 632
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)