Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Slider
Logo KPT (164x100) Logo AAN (74x100)

SYARAT DAN PERATURAN UMUM

SYARAT UMUM

  1. Permohonan / pencalonan AAN dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia.

  2. Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.

  3. Permohonan bagi semua kategori AAN terbuka kepada ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai kecuali Anugerah Tokoh Akademik Negara.

    (Institusi Pendidikan Tinggi merujuk kepada semua universiti/kolej universiti awam dan swasta, politeknik, dan kolej komuniti)

  4. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.

  5. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Tinggi berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.

  6. Keputusan Jawatankuasa Induk AAN adalah muktamad.

PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN

  1. Pemohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini yang boleh dimuat turun dari laman web http://jpt.mohe.gov.my/aan.

  2. Permohonan / pencalonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor atau yang setaraf*. Sekiranya borang permohonan/pencalonan ditandatangani oleh wakil / pemangkunya, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor atau yang setaraf* perlu disertakan.

  3. Setiap permohonan / pencalonan perlu menggunakan borang berasingan. Bagi permohonan / pencalonan Naib Canselor atau yang setaraf* perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi / Ahli Lembaga Pengarah Universiti.

  4. Calon boleh dicadangkan / dinamakan oleh mana-mana agensi luar. Namun, permohonan / pencalonan ini MESTI disalurkan melalui IPT serta mematuhi syarat-syarat permohonan AAN. Permohonan yang tidak melalui mana-mana IPT tidak akan dipertimbangkan.

  5. Semua borang permohonan / pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.

  6. Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya. Untuk memastikan ketelusan dan integriti AAN, AJK yang memohon dalam kategori yang sama keahliannya hanya boleh memohon setelah sekurang-kurangnya setahun tidak menjadi ahli.

  7. Ahli Jawatankuasa Induk AAN tidak boleh memohon atau dicalonkan dalam mana-mana kategori AAN semasa menjadi ahli.

  8. Tarikh tutup permohonan / pencalonan ialah pada 21 Julai 2017. Semua permohonan perlu sampai kepada Urus Setia AAN sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

  9. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

    Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 4, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA

    (UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara Ke-11)

    Sila layari syarat dan peraturan untuk semua kategori di http://jpt.mohe.gov.my/aan.

* Rektor / Presiden / Ketua Eksekutif

  • Hits: 390
Urus Setia AAN Ke-11
Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6538 / 6553 / 6546
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2017 © Anugerah Akademik Negara ke-11, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)