Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Kejuruteraan)

Dr. Aishah Binti Abu Bakar

Dr. Aishah binti Abu Bakar

Dr. Aishah Binti Abu Bakar berpandangan bahawa pengajaran mempunyai skop yang sangat luas dan tiada batasan. Pengajaran kreatif mampu mengubah individu, kumpulan, masyarakat dan dunia. Pengajaran perlu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar dapat melahirkan insan yang sempurna.

Dr. Aishah binti Abu Bakar dalam pengajarannya amat menekankan kurikulum formal dan tidak formal. Pada beliau, akademik sahaja tidak mencukupi dalam melahirkan jurutera yang berkualiti tetapi turut melibatkan kemahiran teknikal dan insaniah serta beretika tinggi. Sewaktu kuliah, beliau mengaplikasikan teknik 'pembelajaran berpusatkan pelajar' seperti memberi tugasan berkumpulan, menggunakan teknik 'think pair-share', 'jigsaw', 'snowball', pertandingan mini demonstrasi, penyelesaian masalah 'ill-posed' dan pelbagai lagi disamping penerangan prinsip-prinsip kejuruteraan melalui persembahan powerpoint dan tayangan video.

Dr. Aishah Anugerah Pengajaran

Dr. Aishah binti Abu Bakar berpandangan bahawa menjadikan pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan adalah penting dan kejayaan pelajar merupakan satu bonus. Hasilnya, 90% dari pelajarnya telah mendapat gred A dan salah seorang daripadanya, iaitu Chow Chee Meng telah dianugerahkan sebagai graduan yang menghasilkan tesis terbaik di Majlis Konvokesyen 2001 dan sekarang merupakan salah seorang ahli bersekutu Gue & Partners Sdn. Bhd.

Dr. Aishah binti Abu Bakar sentiasa menggalakkan pelajar untuk bekerja atau mendapat latihan sementara dengan mana-mana syarikat kejuruteraan dan merancang lawatan-lawatan ketapak pembinaan bagi tujuan mengukuhkan pemahaman konsep dan aplikasinya. Pada beliau, pembelajaran bagi program kejuruteraan banyak berlaku melalui aktiviti-aktiviti luar kampus. Hasil dorongan beliau, pada Jun 2005, sekumpulan pelajar tahun tiga (3) sesi 2005-2006 telah membentuk satu persatuan yang dinamakan 'Civil and Environmental Engineering Club (CEEC)'. Kelab dengan moto 'Learning beyond classroom' dan 'by student, from student, for student' bernaung dibawah Jabatan Kejuruteraan telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan. Kelab ini telah membuka peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, IT, kepimpinan, keusahawanan dan etika yang mustahil untuk diterapkan dalam kurikulum formal.

  • Hits: 382
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)