Slider

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

Profesor Dr. Mohamed Amin Bin Embi

Profesor Dr. Mohamed Amin bin Embi

Profesor Dr. Mohamed Amin Bin Embi telah dilantik ke jawatan pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM pada tahun 1996. Beliau adalah antara pelopor kepada pembelajaran secara maya, di mana nota serta bahan kuliah disediakan secara online dan self-access quizzes untuk pelajarnya. Beliau telah mewujudkan satu platform "Online Forum" serta tugasan berbentuk kolaboratif yang melibatkan pelajar UKM, UTM dan USM dalam usaha untuk menyediakan pembelajaran berbentuk problem-based dan experiential.

Profesor Dr. Mohamed Amin bin Embi pada tahun 2002, telah membangunkan program belajar-cara-belajar Bahasa Inggeris secara "online" untuk penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia melalui portal e-Learn. Pelbagai penerbitan melalui inovasi pengajaran berasaskan R&D telah melayakkan beliau menerima Anugerah Penyelidikan Muda UKM pada tahun 2003.

Profesor Dr. Mohamed Amin bin Embi melalui UNESCO Participation Programme 2000/2001 telah membangunkan sebuah portal pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai VirTEC (Virtual Teacher Education) bagi kegunaan pensyarah Fakulti Pendidikan IPTA seluruh Malaysia dan rantau ASEAN. Portal turut menyediakan satu sistem pengurusan e-pembelajaran yang dikenali sebagai Open VirTEC. VirTEC yang dilancarkan pada November 2001 di International Conference on Technology Education telah memenangi PINGAT EMAS di Pameran Penyelidikan & Inovasi UKM 2003 dan PINGAT PERAK di Pertandingan Rekacipta & Inovasi 2003 anjuran MOSTI.

Profesor Dr. Mohamed Amin bin Embi telah mengasaskan pusat sumberonline" untuk pelatih TESL di Fakulti Pendidikan, UKM dan seluruh Malaysia melalui portal ELT-TReC (English Language Teaching - Online Resource Center) bagi menyediakan persekitaran 'guided self-directed learning'. ELT-TReC yang dilancarkan pada Januari 2004 di National Seminar on English Language Teaching turut memperkenalkan alat pengarangan yang membolehkan pensyarah IPT menguruskan bahan kuliah secara "online" yang dikenali sebagai WeB-CEPT (Web-Based Creating, Editing, Publishing Tool). Inovasi ini telah memenangi Anugerah Inovasi & Rekacipta UKM 2003.

Profesor Dr. Mohamed Amin bin Embi pada tahun 2003, telah memperkenalkan satu sistem pengurusan e-pembelajaran yang dikenali sebagai e-MAS (e-Learning Management System). Sistem membolehkan pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM mengendalikan kursus secara "online" dan telah memenangi Anugerah Pengurusan Maklumat UKM 2005. Beliau turut memperkenalkan satu lagi inovasi pengajaran yang dikenali sebagai SalMaS (Self-access Learning Management System). Inovasi ini bukan sahaja digunapakai oleh pelajar dan pensyarah UKM tetapi oleh lebih daripada 200 pensyarah IPT seluruh Malaysia. Inovasi pelajaran ini telah memenangi Anugerah Rekacipta & Inovasi UKM 2005 dan, PINGAT EMAS di Malaysia Technology Expo 2006.

  • Hits: 303
Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6553 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)